Friday, August 6, 2021

Istiqomah

Lelah penat getirku masih belum terhenti

tahun demi tahun rasa diri ini kosong

ibarat mati.


Perjalanan hari ini pahit nipis bagaikan sehelai

rambut dijadikan jambatan titi.

Bohong ku rasa, lohong di hati.

When I have to make a decision I analyze 

the situation, evaluate the risk,

take measures to limit the consequences and

I completely screw up.


Diri tiada jati sampai bab tuhan ada tarikh cuti,

Sampai masa aku suka suka ganti.


Tapi ini dia soal inti.

Kerana dalamnya neraka syurga belum pasti

Berat

berat namun dia ketuk pintu hati.

Pandang terus ke depan dan jangan

jangan berhenti.


Ya Rabbi,

Rabbanaa laa tuzigh quluubanaa

Ba’da idz hadaitanaa

Wa hab lanaa min-ladunka rohmatan

Inaaka antal-wahhaab.


Dengar doaku Tuhan,

Sungguh kata mereka istiqomah berat

dari hijrah sejati

jadi ringankan ia dan mudahkan agar aku sebati.


Hatta | Puisi Derai Hati

Jumaat 6 August 2021