Sunday, January 28, 2018

Back to December

Hi,

Before baca entry kali ni, apa kata play lagu bawah ni dulu?



Entry kali ni, aku khaskan untuk luah perasaan je. Aku tak tahu kenapa aku rasa bersalah sangat-sangat. So based on lagu, aku mulakan dari mula kisah. Mula pada 30 December 2016. Waktu tu aku ada satu apps ni, quite like Tinder apps. So aku nampak gambar dia, dia letak dekat dp apps tu. Which is aku kenal dia. Dia famous dari aku zaman facebook lagi. Tapi tak pernah pun chat dengan dia. Aku segan nak tegur even aku dah berkali kali hantar Hi, tapi dia tak reply. Sedih hmm. So aku diam, actually dia asal dari Kuala Lumpur. So bila look around dia ada kat Ipoh i was like "Eh dia kerja ke kat sini?". Rancangan dunia ni bagus, satu malam tu aku pergi la Gerbang Malam, Ipoh dengan family. Jalan-jalan la macam biasa tengok barang yang aku pun dah makin muak tengok, benda yang sama. Datang pun sebab ayah aku nak urut je kat situ.

Then dalam melangkah tengok barang tu, aku terserempak dengan dia. Gelabah tahi menyorok belakang mak aku. Jenis aku memang dia sekarang pun tahu, menyorok bila terserempak dengan orang yang aku kenal. Padahal orang tu tak kenal pun aku. Sedih! So, aku pun jalan lagi bila dia dah chaw. Tetiba terjumpa lagi dengan dia, kali ni memang kaw kaw depan mata. Memang tak boleh nak buat apa, just acah-acah tengok barang je. Tapi mata dia tenung aku lama gila, so aku punya otak ni fikir dia memang kenal aku which is geng geng fb gambar scroll scroll kat timeline la kot waktu tu kan? Rupanya tidak aku salah. Memang dia tak kenal aku.

Nak jadikan kisah, kisah tu sampai situ je. Berhari la beberapa episod selepas tu tanpa ada apa apa rasa. Hmmm, sebab tak kenal sangat pun dia. Unless dia tegur aku waktu tu jugak memang balik pikir jela dia. Ni terjumpa gitu-gitu je. Okay, pastu nak cerita next bab pulak which is bab ni aku mulakan dengan satu lagi laman sosial yakni Twitter. Aku ada satu twitter business, twitter business ni aku tak letak gambar. Memang bab meniaga based in Perak. Jadi tiba-tiba satu harini aku terima satu direct message yang aku tak tahu dari sapa sebab kind of fake account. So aku pun melayan la. Dia mulakan random topic and intro intro. Aku pun minta la gambar waktu tu sebab curious gila kot. Tup tup dia bagi..... and gambar tu gambar dia. Aku just reply LOL je. Hahahaha pastu dia pun pelik and aku pun cakap la aku kenal dia and banyak kali dah aku tegur dia kat apps tu. Tapi dia kata dia tak sedar and jarang bukak apps tu.

Jadi tak mengapalah. So mula lah dari situ aku chat dengan dia. Then tukar-tukar nombor untuk whatsapp and ajak jumpa. Satu hari ni dia contact aku, and ajak nak jumpa. Waktu tu dia ada kereta lagi, sebab kereta tu kereta akak dia, Saga Hitam. Sebab kakak dia pergi Umrah so tinggalkan kereta dekat dia. Aku pun on. Dia kata nak jumpa dekat McDonald Meru sebab dekat dengan rumah dia. So aku pun okay lah, drive la kancil aku ke Meru. Then aku dah sampai, aku nampak dia dalam kereta sebab tinted kereta akak dia tu tak gelap sangat. Then ada taxi sebelah kereta dia, aku pun park between taxi tu. Sebab segan punya pasal, level malu aku nak jumpa dia ni takleh nak explain. Pastu aku chat kata dah sampai and dia suruh masuk kereta dia. Aku pun pergi and masuk. Segan takyah nak kira, salam and dia pun gerak kereta. Aku segan silu tak tentu arah. 

Dia bawak aku ke Car Wash Jalan Kuala Kangsar, Ipoh sebab nak cuci kereta akak dia tu. Aku pun okay, dah keluar dari Auto Wash tu dia park kereta dia untuk bersihkan bahagian dalam pulak. So kitorang duduk kat satu kerusi panjang. Dari situ la bersembang and tahu kereta tu, kereta akak dia. Then dia kerja apa, duduk kat mana, and semua. *Pssttt waktu tu dia chubby. Dari situ, kitorang pergi lepak kat Old Town White Coffee Jalan Kuala Kangsar jugak. So waktu tu dia takde cash, dia minta aku bayarkan dulu. Dari sembang tu dah macam suka. Dari situ la baru ada rasa. Tapi chill je diam tak cakap apa pun.

Okay itu la cara aku kenal dia, nak cerita sampai hari ni. Tak tercerita banyak mana yang aku dah lalui dengan dia. So lets jump to the next song.....


So the next day is New Year. So aku celebrate dengan dia sama sama. Kitorang jumpa dekat Dataran, Ipoh. Tengok bunga api dalam kereta sebab waktu tu fucking jammed. But yaaa, its nice because everything fresh. Aku sayang dia. Balik dari tengok bunga api, aku gi McDonald. Dia order McCafe untuk aku dengan dia. Gelabah burit waktu tu sebab wallet aku kononnya hilang padahal jatuh bawah kerusi. Hmmm.... Tak tahu laaa dua hari pun dah banyak kenangan. Acane?

Tahun ni 30/12/2018 genap kitorang setahun. Dan sepanjang setahun la macam-macam terjadi. Banyaknya salah aku yang tak menghargai. Jenis typical aku yang taknak menghargai orang. Jenis aku yang tak reti nak pandang kebaikkan. Waktu sepanjang tahun ni jugaklah aku tahu yang dia buat fake acc semata mata nak tegur aku kat twitter business aku tu. Dia banyak bagi aku pengalaman, pengajaran, material dan macam macam lagi yang menjadi kenangan. Dia lah yang bangga sangat walau simple benda je aku buat. Dia support aku. Dia banyak tegur salah silap buruk aku. Dia banyak tunjukkan cara hidup yang sebenar untuk aku. Waktu aku intern 27 November 2017 haritu, dia belikan aku macam-macam persiapan. Dia belikan paper bag yang ada tulis "goodluck". Dalam tu penuh dengan barang, even stokin, plug, sikat semua ada. Sebab aku pindah rumah baru kan?

Bila aku merajuk, dia delivery handbouquet dengan cake kegemaran aku, Indulgence Secret Recipe. Setiap minggu dia jenguk aku kat Slim River bila mana aku study dulu. Dia naik bas. Dia lah paling takut bila aku tak ada duit nak makan. Dia lah yang paling boleh manjakan aku. Dia lah yang selalu ada bila aku susah. Sama-sama mandi sungai, sama sama kena jangkit kuman air mana tah sampai luka penuh satu badan macam kena ulat bulu. Sama-sama delivery handbouquet which is business yang kami jalankan sekarang. Macam-macam yang aku tak tahu nak tulis kat sini, tak tahu full page or berlapis lapis yang aku kena ceritakan. 

Its hard to explain.

Aku tak tahu. Sekarang ni semua dah berubah. Walau setahun perjalanan, tapi seribu satu kenangan. Aku cuba janji yang terakhir untuk jadi yang terbaik. Aku tahu dia terkesan bila rasa diri dia diperbodohkan. Aku tipu dia and kawan-kawan support aku bila dia soal tanya. Aku tahu tahu weh besar mana salah aku dan macam mana nak betulkan keadaan ni balik. Aku taknak dia pergi dari aku. Dan takkan buat apa lagi yang dia rasa sakit. Aku rindu dia. Dah nak dekat sebulan tak jumpa. Awak, i'm sorry.

Semua salah aku.

Salah aku yang tak boleh dimaafkan. 

Awak, please don't leave me. Kita mula dari awal, saya cuba yang terbaik.

Hmmm :'(

No comments: