Hi! Salam to all blogger and readers!
Masih ada blog yang usang ini untuk saya tulis dan membuat rungutan. Disini masih tempat saya untuk bersandar dan menulis. Ouh ya! Selamat berpuasa kepada semua umat muslim. Walaupun agak tidak meriah dari segi bazarnya, dentuman mercun anak anak kecilnya, riuh anak muda keliling kampung, namun saya ingatkan diri saya. Untuk memeriahkan diri dalam beribadat agar bulan ramadhan kali ini menjadi platform untuk kita berubah dari buruk kepada yang baik dan yang pasti menjadi platform untuk kita menambah amal ibadat bersama-sama.
Okay dalam bulan ramadhan kali ini, tak salah rasanya kalau nak buat wishlist. Hahaha saya berharap dan berdoa agar saya dapat penuhi segala solat 5 waktu saya yang selalu tak penuh. Penuhi ibadah puasa dengan sempurna tanpa gossip lagho bersama kawan-kawan. Submit assignment on time pada semester ini, Eh! Berbuka dan berbelanja dengan bersederhana, menghadirkan diri ke masjid untuk menjalani solat terawih dan mengurangkan segala tabiat jahat anak anak lelaki. Eh! Amin. Hahaha okay sudah!
Okay pada entri kali ini dan mungkin entah bila lagi yang saya akan tulis, saja saya ingin kongsikan bagaimana untuk menjalani ibadah puasa dengan begitu ringan sekali. Disini saya akan kongsi 10 tips berpuasa dengan mudah!
Okay bagi 10 tips yang saya akan kongsi ini merupakan 10 tips dari diri saya dimana, cara saya yang diajar oleh ibu saya which is the best rujukan yang saya ada selama ini. Hehehehe. Baiklah! Here is 10 tips!
1. Bersahur di hujung waktu.
Hah ini amat penting untuk kita ketahui sebagai seorang muslim. Sebagaimana yang sudah di ajar oleh Nabi kita yakni merupakan satu sunnah apabila kita jalankan dimana mengakhiri sahur dihujung waktunya. Pada tahun ini mostly sahur berakhir (imsak) pada pukul 5.20-5.30 bagi negeri negeri semenanjung. Mengapa? Tujuannya adalah mengumpul tenaga yang kita ambil di waktu sahur itu untuk digunakan dengan lebih lama sehinggalah waktu berbuka itu nanti.
2. Jangan makan banyak-banyak waktu sahur!
Ini penting untuk pelajar dan semua pekerja yang suka rasa penat ketika di bulan ramadhan. Bagi saya, selain dari pemikiran kita "penat lahh, penat laa" yang membawa kita kearah lebih penat, selain itu faktor yang lainnya adalah kita terlebih makan ketika kita bersahur. Makanan yang terlalu banyak pada waktu sahur akan membuatkan tenaga untuk mencerna makanan menjadi bertambah. So mostly malaysian macam kita ni lepas subuh tu memang tidur balik la if takde kelas atau cuti bekerja kan? Jadi ketika kita tidur, perut kita bekerja. Sebab itu bila bangun sahaja kita rasa penat dan haus! Ini kerana energy kita dah diserap habis untuk mencerna makanan! Oleh sebab itulah kita cepat letih dan mengantuk. Suka saya ingatkan, jangan lah minum teh dan kopi atau apa jua yang berkafien untuk dijadikan bekalan sahur. Sebaiknya air putih sahaja. Mengapa? Itu sila google sendiri eh. Cuma yang saya perlu katakan sahur ni kita perlu simpan karbohidrat, vitamin, mineral dan protein secukupnya untuk kekal kuat dan sihat sepanjang bulan ramadhan
3. Berkawan baik dengan karbohidrat kompleks?
Apa itu karbohidrat kompleks? Al maklumlah saya pun tak berapa nak tahu dulu. Sebab saya bukan budak medic, jadi selepas saya tahu. Ini amat penting. Mengapa? Kerana karbohidrat kompleks akan membuat kita merasa kenyang yang lebih lama dan tidak mudah merasa lapar ketika kita menjalani ibadah ini. Karbohidrat kompleks adalah jenis karbohidrat yang tidak lansung dicerna oleh tubuh, yang tersusun dari rangkaian kompleks yang harus dipecah menjadi glukosa sebagai sumber tenaga badan. Proses pemecahan itulah yang membuat jenis makanan ini diperlukan waktu lebih lama untuk dicerna tubuh. Jenis makanan karbohidrat kompleks ini ada banyak sangat sangat serat tinggi yang berfungsi untuk stabilkan kadar gula dalam darah kita. Apo eh karbohidrat kompleks punya makanan? Hah terdiri daripada beras merah, oat, jeruk, apel, anggur, brokoli, wortel, selada, bayam, ubi, kentang, kacang merah, dan gandum! Selebihnya boleh laa mr. google ya?
4. Bestfriend dengan protein!
Ni paling kena jadi bestfriend. Tak kesah la korang nak kutuk belakang belakang lepas kawan baik dengan dia ke apa. Sebab apa? Sebab protein ni boleh jadi kita kurus waktu bulan puasa ni gais! Berat badan berlebih disebabkan kerana kurang seimbangnya zat makanan yang betul. So waktu puasa ni kita kena banyak makanan benda benda yang banyak mengandungi protein sebab dia dapat meyumbangkan kebaikkan pada diri kita juga. Tak rasa lapar, cegah dari susut badan dan banyak lagi. Hah makanan berprotein ni senang saja, antaranya adalah putih telur, ikan, ayam, daging dan kacang-kacang. *Sebab tu bulan puasa ada cerita kacang kacang kacang tu. Eh!
5. Bersaudara angkat dengan lemak baik (HDL)
Sumber tenaga yang bagus selain yang zahir nyatakan di atas, HDL juga mampu memberi manfaat untuk menurunkan kolesterol dan mencegah risiko penyakit jantung. Hah so makan lah ikan, kacang-kacang, minyak zaitun dan banyak lagi. Ayuh la google!
6. Kurang makan garam! Yang masin masin say no!!!
Hah untuk ibu bapa yang kurang rajin (bukan malas) untuk menyiapkan juadah bersahur, ini adalah perkara yang sangat penting untuk diketahui. Why? Sebab macam mak saya kalau malas. Suka nawww masak ikan masin tumis sajo. Hah jangan la eh? Tak pun dalam ngantuk memasak tu, taruk satu senduk garam dalam gulai pulak. Hah jangan la ya? Ni kerana makanan dalam kandungan garam yang tinggi akan menyebabkan tubuh terasa lebih cepat mengalami "dehidrasi" im not sure in malay tapi senang cakap lebih cepat rasa lapar. Mengurangi garam juga bermanfaat untuk mencegah stroke!
7. Air putih minum banyak sikit!
Pastikan diri kita minum air putih seminimumnya 8 gelas sehari. Waktu puasa ni takde halangan nak kata rule tu tak boleh dipakai sebab sehari kan? Seharian juga kita berpuasa. Eh no. Sahur dan berbuka kan ada? Berbuka untuk hari esoknya. Sahur untuk hari yang akan kita jalani. So 8 gelas la setiap itu. Tapi dinasihatkan kalau perut tangki kecil, 4 gelas pada waktu sahur pun sudah memadai sebab minum banyak pun nanti penat!
8. Jangan tidur lepas sahur!
Jangan biasakan diri untuk tidur selepas sahur. Cari aktiviti ringan, supaya tubuh lebih kuat untuk menjalani ibadah puasa. Sebab tidur, bangun memang penat! Tak caya cuba jangan tidur sehinggalah selepas zohor.
9. Bersukan lah, jangan kumpul lemak!
Jadi siapa cakap dalam berpuasa kita tak boleh bersukan? Eh hello! 90% dari kita memang nawaitu bulan ramadhan selain beribadat la kan.... adalah nak kurus! Jadi bersukan la secara teratur dan berkala walaupun berpuasa. Sebab dengan bersukan, tubuh kita akan sihat dan kuat. Sukan la waktu sebelum berbuka. 15 minit pun okay untuk bersukan. Kalau chill 30 minit pun okay tapi jangan sampai pengsan pulak. So bila kita kekalkan tubuh kita begini, untuk the next day puasa kita tak rasa penat if naik turun tangga bekerja, dia rasa normal sajooo. Okay?
10. Cepat-cepat berbuka puasa.
Dah seharian berpuasa, tubuh kita sangat memerlukan nutrisi untuk proses metabolisma secara normal semula. Biasakan minum air dan makan secukupnya sahaja waktu berbuka. Jangan makan banyak nanti seksa nak solat maghrib. Selepas selesai solat terawih boleh sambung makan makanan seperti biasa. Sebenarnya tak elok makan sekaligus banyak banyak sebab perut kita nanti terkejut. Hah jangan buat dia centu k. Sakit perut awak tu nanti. Jadi makan beransur-ransur. Tak lari pun makanan tu.
Itu sahajalah apa yang saya dapat kongsikan harini dan mungkin bulan atau tahun ini. Hahahaha tak tak, insha Allah raya nanti saya akan buka semula blog ini untuk dirungutkan. Okay selamat berpuasa semua!
Pssst! Orang ipoh atau perak ada tak kat sini? Buntu idea untuk membuat persiapan photobooth raya? Atau surprise birthday/anniversary? Cari surprise planner? Kunjungi instagram @zhr.dsign dengan harga yang berpatutan dan sangat sangat berbaloi. Surprise planner paling tak kedekut di Malaysia cuma malangnya hanya cover di area PERAK sahaja. Okay! Itu sahaja. Bye! Assalamualaikum.