Saturday, October 14, 2017

Bisikan hati Si Tanggang

Amaran : Nukilan ini tiada kaitan dengan si hidup atau si mati. Nukilan ini hanya buatan dan tulisan kosong sahaja hasil dari idea yang seimbas lalu. Mengisahkan seorang anak yang selalu dipandang serong oleh keluarga, namun mempunyai daya usaha yang sangat tinggi. Seringkali kita dengari perkara ini berlaku di merata pelajar institusi di negara. Disini saya bawakan nukilan khas umpama bisikan hati untuk anda terus cekal dan sabar......Maaf saya bukan penulis.


Sejak dua menjak ni, banyak masalah dalam fikiran yang datang dari hal pembelajaran dan kehidupan. Normal la kan? Tapi beza dari diri aku. Memandangkan kolej yang aku study ni kerajaan, jadi pembiayaan yang lain ditanggung penuh oleh keluarga. Tambahan aku perantau, walau bukan di negeri orang. Tapi masih tempat yang berlainan dan berjauhan dengan keluarga. Niat mula aku hanya nak jadi beza dari adik beradik yang lain yang sampai harini bersama keluarga. Teringin nak jadi pencetus kejayaan dan penebus kesusahan. Tapi lain persepsi yang datang dari sebahagian pihak.

Harini aku sedar, malah dari dulu lagi aku dah sedar. Proses pembelajaran aku menelan ribuan ringgit. Tambahan keluarga aku bukan dari keluarga yang senang. Niat aku selalu tersemat di hati, setiap semester nak dekan, higher pointer dan mendapat anugerah-anugerah tambahan yang lain. Ini kerana nak merasakan ayah dan ibu berbaloi dek pengeluaran wang yang terlalu banyak setiap minggu dan bulan.

Aku salahkan diri aku. Dulu nak berjauhan, sehingga tak pandai berdikari di asrama. Disebabkan pelbagai masalah muncul dari situ, ayah memberiku peluang duduk di luar. Kos sara hidup makin naik. Aku hanya satu semester di asrama. Hidup di sana banyak yang berbeza dari sekolah harian ku. Antaranya hidup makan di dewan makan, konsep kelas yang pagi ke petang, tidur di dorm beramai-ramai, suasana bising dan sebagainya. Ada yang aku suka, ada yang aku tak suka. Tapi tu dulu, cukup derita dan manis aku agihkan bersama kawan kawan. Setelah berlalunya satu semester, aku duduk bersama seorang sahabatku di bilik sewa.

Bahagia kami tak terkata, bebas dari arahan dan peraturan. Tapi penderitaan di asrama tak terhenti di situ. Aku masih merasakan perit "manis gula, masam asam jawa" Bermula hari itu, aku perlu bangun awal seawal subuh dan siap mandi untuk ke kelas. Sedangkan kelas bermula jam 8pagi. Berbeza dengan asrama yang setelah subuh, kami mempunyai peluang untuk kembali tidur sementara tunggu waktu untuk mandi. Hal ini kerana, aku perlu mengejar waktu bas yang bergerak awal ke tempat kolej ku. Aku berjalan kaki kira-kira 1km dari bilik sewa untuk ke stesen bas. Lalu setelah sampai di tempat kolej, aku perlu berjalan 2km dari bus stop ke pagar kolej. Begitulah harian kelas ku setelah dari itu. Aku nekad, tanam rasa kelonggaran peraturan sebagai pelapis rasa derita dalam diri. "Lansung tak menyesal, best apa duduk luar!". Ungkapan yang selalu bermonolog dari mulut dan berdialog bersama kawan-kawan. Senyum sentiasa sewaktu masuk dan keluar dari pagar kolej.

Jika dulu di asrama, tepat 12.30 tengah hari kami boleh makan, berkejar berebut kelaparan di dewan makan asrama, sewaktu itu berbeza. Aku dan kawan aku ikat perut duduk diruangan kelas hingga jam 2 petang atau 3 petang untuk kelas petang seterusnya. Mungkin beralaskan roti. Cakap pasal roti, terimbas kenangan manis. Manis bagi aku. Ketika aku ingin beli roti, cukup sahaja duit yang ada di tangan. Kerana waktu itu sudah hampir hujung minggu, jadi duit belanja sudah hampir habis. Ketika sudah membeli roti dan ingin ke kelas, aku ditolak salah seorang yang tidak aku kenali. Aku terjatuh tersungkur dengan roti roti itu, lalu mereka pijak makanan ku. Aku tersenyum dan bangun. Niat hati mereka pastinya ada dendam tapi kenangan ini aku ingat sehingga harini. Perjalanan hidup yang disangkakan keluarga aku bersenang di kolej, hanyalah semata-mata anggapan palsu.

Aku yakin. Allah beri ujian yang kuat ini untuk aku rangkul kejayaan suatu hari nanti. Kadang-kadang duit di poket tidak cukup, tapi aku bohong apabila ibu ayah menanyakannya. Niat yang satu, tak mahu susahkan ibu ayah. Sebak di hati, mengalir air mata di pipi. Saja nak merasakan kepayahan, sebab susahnya ayah ibu dulu pun jauh lagi susah dari yang aku rasakan. Aku bukanlah anak yang selesa duduk senang. Tapi pandangan pada ku sering kali serong dan ambil senang sehingga aku tiada ruang untuk bercerita dan mereka yang menuduh menang.

Ayah bukan seorang yang kejam, malah lembut hatinya. Cuma terkadang dia mudah mentafsirkan pandangan yang serong ke atas diriku. Tapi aku tak salahkannya, biarlah pandangan itu berlalu sehingga aku memberi kejayaan padanya suatu hari nanti. Hal ini aku katakan kerana ayah tak senang melihatku berjalan kaki ke tempat kolej, di membelikan aku scooter kick. Hasil dari idea yang ku lihat di youtube. Agak kelakar bila dikenangkan. Tapi aku memakai scooter kick ini untuk memadam kepenatan diri dan menyelitkan elemen bahagia di dalam minda. Hahaha kelakar. Cukup kelakar bila diingatkan. Tapi biasalah, bila bahagia datang. Mesti ada yang pahit tiba. Ketika aku membawa scooter kick tersebut ke kolej, ada saja senior yang ingin melanggarku dengan menaiki motor. Bukan silap atau salah tapi sengaja di takutkan. Biarlah, mereka di dunia ini memang lelah melihat kebahagiaan aku. Yang aku hanya kongsikan bersama diri, walau sedikit mereka tetap merasa dengki. Manusia.

Hari demi hari, ayah masih belum senang melihatku begitu. Selain dari kerisauan untuk makan dan minum di luar. Ayah menyuruhku untuk mengambil lesen motor. Kerana dia ingin memberi motor kepadaku untuk dibawa ke kolej. Memandangkan sahabat aku waktu itu tak dapat menawarkan apa apa kenderaan, kerana dia juga berasal dari keluarga yang susah. Tambahan waktu itu arwah ibunya nazak sakit dibuat orang. Manusia ini memang penuh dengan hasad dengki. Semoga ibu sahabatku ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin, Al-fatihah.

Alhamdulillah, setelah sebulan mengambil lesen motor. Ayah memberikan aku sebuah motor untuk dibawa berulang alik ke kelas. Hidupku sewaktu itu semakin senang. Selepas itu, ayah memberikan aku kereta setelah aku lulus lesen kereta. Perjalanan hidup aku tak semakin senang dan berada di sudut selesa. Aku cuba untuk menampung kos hidup yang kian meningkat. Aku bercadang untuk membuat perniagaan kecil-kecilan dengan menjadi seorang surprise planner. Alhamdulillah dengan barang-barang yang ada, aku dapat membuat decoration atas permintaan pelanggan. Setelah itu aku menjual brownies cake ke seluruh negeri. Dari selatan negeri hingga ke utara negeri pada setiap minggu. Namun, ayah masih memandang serong terhadapku. Dia ingin melihat keuntungan hasil dari jualan, tapi tak dapat ku berikan atas kegunaan perbelanjaan. Lalu ayah menuduh aku berfoya-foya sahaja dengan perniagaan yang tidak seberapa.

Tidak kurang dari itu, saudara mara pula menuduh aku mendapat duit tambahan dari menjual diri. Dan duit dari sumber yang haram. Setiap manis yang kurasa tak pernah terlepas di sulam dengan kepahitan. Sabar sentiasa dalam diri. Sabar sabar sabar, itu lah zikir yang seringkali disebut di mulut dan di dalam hati. Usahalah bagaimana, tunjuk la kejayaan setinggi apa pun, tanggapan murah dan hina masih melekat di dahi.

Jadi konklusi diri, walaupun pointer setiap semester tak menghampakan, walaupun anugerah peringkat dunia dan kebangsaan dapat dirangkul, walaupun nama dijulang baik, walaupun pelajaran tidak menurun, pandangan serong masih ada. Aku hanyalah insan yang tidak perlukan pujiaan dan penghargaan dari kalian. Aku hanya perlukan kepercayaan dan sedikit ruang untuk mencari kebahagiaan kelak. Usah bimbang dan usah melulu dalam menanti kejayaan anakmu ini. Ada rezeki, In shaa Allah tak pernah aku lupakan kepayahan dan keperitan kalian dalam memberi. Aku sedih dengan perkataan yang sering kali keluar tanpa rasa bimbang dari mulutmu. Aku anak yang teruk, derhaka, tanggang, bersikap buruk, penipu dan sebagainya. Bukankah kamu bimbang akan perkataan yang dilontarkan itu menjadi satu doa? Tapi begitu berani kamu melontarkan perkataan begitu ke atas diriku. Bukan sahaja melontar, malah menandakan aku anak tanggang pada suatu hari nanti.

Tak mengapalah. Aku terima semua.
Asal aku tahu kedudukan diri ini.
Siapa yang ku sayangi dan hargai.
Aku sayang kalian.
Cuma perlu waktu dan ruang.
Ingat hal ini dan jangan dibuang.
Aku hanyalah manusia.
Bukan pemberi kejayaan yang Maha Berkuasa.

Sekian.

Nota kaki : Dalam belajar, jauhkan diri untuk menerima ganjaran dari keluarga. Pertama sekali, bersungguh dalam menimba ilmu. Kedua bergaul dengan kawan-kawan yang membawa kejayaan dan tidak senang dalam zon selesa. Ketiga, jangan harapkan ganjaran dari mana-mana pihak. Keempat sentiasa anugerahkan diri sendiri walaupun sedikit. Kelima, redha dengan perkataan dan cacian serta cabaran pahit yang dihadapi. Allah beri ujian (kepayahan) sebab nak bagi kita kesenangan (kejayaan). Ingat! Biar orang caci kita dan tuduh serta mentafsirkan yang tidak-tidak ke atas diri kita. Asal kita tahu siapa kita, bagaimana cara kita hidup, dan apa yang ada dalam diri kita serta matlamat kita. 

Maaf kerana hasil karya saya 100% lari dari kisah Si Tanggang. Berikut merupakan Sinopsis kisah Si Tanggang. 

Byebye! Assalamualaikum. Doakan saya tamat final dengan baik dan dapat menjalankan intern dengan sempurna bermula 27 November 2017 ini. Amin!

Sunday, June 4, 2017

Selamat Berpuasa! 10 Tips Berpuasa :))

Hi! Salam to all blogger and readers!

Masih ada blog yang usang ini untuk saya tulis dan membuat rungutan. Disini masih tempat saya untuk bersandar dan menulis. Ouh ya! Selamat berpuasa kepada semua umat muslim. Walaupun agak tidak meriah dari segi bazarnya, dentuman mercun anak anak kecilnya, riuh anak muda keliling kampung, namun saya ingatkan diri saya. Untuk memeriahkan diri dalam beribadat agar bulan ramadhan kali ini menjadi platform untuk kita berubah dari buruk kepada yang baik dan yang pasti menjadi platform untuk kita menambah amal ibadat bersama-sama.

Okay dalam bulan ramadhan kali ini, tak salah rasanya kalau nak buat wishlist. Hahaha saya berharap dan berdoa agar saya dapat penuhi segala solat 5 waktu saya yang selalu tak penuh. Penuhi ibadah puasa dengan sempurna tanpa gossip lagho bersama kawan-kawan. Submit assignment on time pada semester ini, Eh! Berbuka dan berbelanja dengan bersederhana, menghadirkan diri ke masjid untuk menjalani solat terawih dan mengurangkan segala tabiat jahat anak anak lelaki. Eh! Amin. Hahaha okay sudah!

Okay pada entri kali ini dan mungkin entah bila lagi yang saya akan tulis, saja saya ingin kongsikan bagaimana untuk menjalani ibadah puasa dengan begitu ringan sekali. Disini saya akan kongsi 10 tips berpuasa dengan mudah!


Okay bagi 10 tips yang saya akan kongsi ini merupakan 10 tips dari diri saya dimana, cara saya yang diajar oleh ibu saya which is the best rujukan yang saya ada selama ini. Hehehehe. Baiklah! Here is 10 tips!

1. Bersahur di hujung waktu.
Hah ini amat penting untuk kita ketahui sebagai seorang muslim. Sebagaimana yang sudah di ajar oleh Nabi kita yakni merupakan satu sunnah apabila kita jalankan dimana mengakhiri sahur dihujung waktunya. Pada tahun ini mostly sahur berakhir (imsak) pada pukul 5.20-5.30 bagi negeri negeri semenanjung. Mengapa? Tujuannya adalah mengumpul tenaga yang kita ambil di waktu sahur itu untuk digunakan dengan lebih lama sehinggalah waktu berbuka itu nanti.

2. Jangan makan banyak-banyak waktu sahur!
Ini penting untuk pelajar dan semua pekerja yang suka rasa penat ketika di bulan ramadhan. Bagi saya, selain dari pemikiran kita "penat lahh, penat laa" yang membawa kita kearah lebih penat, selain itu faktor yang lainnya adalah kita terlebih makan ketika kita bersahur. Makanan yang terlalu banyak pada waktu sahur akan membuatkan tenaga untuk mencerna makanan menjadi bertambah. So mostly malaysian macam kita ni lepas subuh tu memang tidur balik la if takde kelas atau cuti bekerja kan? Jadi ketika kita tidur, perut kita bekerja. Sebab itu bila bangun sahaja kita rasa penat dan haus! Ini kerana energy kita dah diserap habis untuk mencerna makanan! Oleh sebab itulah kita cepat letih dan mengantuk. Suka saya ingatkan, jangan lah minum teh dan kopi atau apa jua yang berkafien untuk dijadikan bekalan sahur. Sebaiknya air putih sahaja. Mengapa? Itu sila google sendiri eh. Cuma yang saya perlu katakan sahur ni kita perlu simpan karbohidrat, vitamin, mineral dan protein secukupnya untuk kekal kuat dan sihat sepanjang bulan ramadhan

3. Berkawan baik dengan karbohidrat kompleks?
Apa itu karbohidrat kompleks? Al maklumlah saya pun tak berapa nak tahu dulu. Sebab saya bukan budak medic, jadi selepas saya tahu. Ini amat penting. Mengapa? Kerana karbohidrat kompleks akan membuat kita merasa kenyang yang lebih lama dan tidak mudah merasa lapar ketika kita menjalani ibadah ini. Karbohidrat kompleks adalah jenis karbohidrat yang tidak lansung dicerna oleh tubuh, yang tersusun dari rangkaian kompleks yang harus dipecah menjadi glukosa sebagai sumber tenaga badan. Proses pemecahan itulah yang membuat jenis makanan ini diperlukan waktu lebih lama untuk dicerna tubuh. Jenis makanan karbohidrat kompleks ini ada banyak sangat sangat serat tinggi yang berfungsi untuk stabilkan kadar gula dalam darah kita. Apo eh karbohidrat kompleks punya makanan? Hah terdiri daripada beras merah, oat, jeruk, apel, anggur, brokoli, wortel, selada, bayam, ubi, kentang, kacang merah, dan gandum! Selebihnya boleh laa mr. google ya?

4. Bestfriend dengan protein!
Ni paling kena jadi bestfriend. Tak kesah la korang nak kutuk belakang belakang lepas kawan baik dengan dia ke apa. Sebab apa? Sebab protein ni boleh jadi kita kurus waktu bulan puasa ni gais! Berat badan berlebih disebabkan kerana kurang seimbangnya zat makanan yang betul. So waktu puasa ni kita kena banyak makanan benda benda yang banyak mengandungi protein sebab dia dapat meyumbangkan kebaikkan pada diri kita juga. Tak rasa lapar, cegah dari susut badan dan banyak lagi. Hah makanan berprotein ni senang saja, antaranya adalah putih telur, ikan, ayam, daging dan kacang-kacang. *Sebab tu bulan puasa ada cerita kacang kacang kacang tu. Eh!

5. Bersaudara angkat dengan lemak baik (HDL)
Sumber tenaga yang bagus selain yang zahir nyatakan di atas, HDL juga mampu memberi manfaat untuk menurunkan kolesterol dan mencegah risiko penyakit jantung. Hah so makan lah ikan, kacang-kacang, minyak zaitun dan banyak lagi. Ayuh la google!

6. Kurang makan garam! Yang masin masin say no!!!
Hah untuk ibu bapa yang kurang rajin (bukan malas) untuk menyiapkan juadah bersahur, ini adalah perkara yang sangat penting untuk diketahui. Why? Sebab macam mak saya kalau malas. Suka nawww masak ikan masin tumis sajo. Hah jangan la eh? Tak pun dalam ngantuk memasak tu, taruk satu senduk garam dalam gulai pulak. Hah jangan la ya? Ni kerana makanan dalam kandungan garam yang tinggi akan menyebabkan tubuh terasa lebih cepat mengalami "dehidrasi" im not sure in malay tapi senang cakap lebih cepat rasa lapar. Mengurangi garam juga bermanfaat untuk mencegah stroke!

7. Air putih minum banyak sikit!
Pastikan diri kita minum air putih seminimumnya 8 gelas sehari. Waktu puasa ni takde halangan nak kata rule tu tak boleh dipakai sebab sehari kan? Seharian juga kita berpuasa. Eh no. Sahur dan berbuka kan ada? Berbuka untuk hari esoknya. Sahur untuk hari yang akan kita jalani. So 8 gelas la setiap itu. Tapi dinasihatkan kalau perut tangki kecil, 4 gelas pada waktu sahur pun sudah memadai sebab minum banyak pun nanti penat!

8. Jangan tidur lepas sahur!
Jangan biasakan diri untuk tidur selepas sahur. Cari aktiviti ringan, supaya tubuh lebih kuat untuk menjalani ibadah puasa. Sebab tidur, bangun memang penat! Tak caya cuba jangan tidur sehinggalah selepas zohor.

9. Bersukan lah, jangan kumpul lemak!
Jadi siapa cakap dalam berpuasa kita tak boleh bersukan? Eh hello! 90% dari kita memang nawaitu bulan ramadhan selain beribadat la kan.... adalah nak kurus! Jadi bersukan la secara teratur dan berkala walaupun berpuasa. Sebab dengan bersukan, tubuh kita akan sihat dan kuat. Sukan la waktu sebelum berbuka. 15 minit pun okay untuk bersukan. Kalau chill 30 minit pun okay tapi jangan sampai pengsan pulak. So bila kita kekalkan tubuh kita begini, untuk the next day puasa kita tak rasa penat if naik turun tangga bekerja, dia rasa normal sajooo. Okay?

10. Cepat-cepat berbuka puasa.
Dah seharian berpuasa, tubuh kita sangat memerlukan nutrisi untuk proses metabolisma secara normal semula. Biasakan minum air dan makan secukupnya sahaja waktu berbuka. Jangan makan banyak nanti seksa nak solat maghrib. Selepas selesai solat terawih boleh sambung makan makanan seperti biasa. Sebenarnya tak elok makan sekaligus banyak banyak sebab perut kita nanti terkejut. Hah jangan buat dia centu k. Sakit perut awak tu nanti. Jadi makan beransur-ransur. Tak lari pun makanan tu.

Itu sahajalah apa yang saya dapat kongsikan harini dan mungkin bulan atau tahun ini. Hahahaha tak tak, insha Allah raya nanti saya akan buka semula blog ini untuk dirungutkan. Okay selamat berpuasa semua!

Pssst! Orang ipoh atau perak ada tak kat sini? Buntu idea untuk membuat persiapan photobooth raya? Atau surprise birthday/anniversary? Cari surprise planner? Kunjungi instagram @zhr.dsign dengan harga yang berpatutan dan sangat sangat berbaloi. Surprise planner paling tak kedekut di Malaysia cuma malangnya hanya cover di area PERAK sahaja. Okay! Itu sahaja. Bye! Assalamualaikum.


Tuesday, January 31, 2017

9 Februari 2017

Assalamualaikum.

This year? 9 Februari ni dah 19 tahun aku hidup. Alhamdulillah tak terhingga sampai sekarang dah berdiri teguh dengan cacian hambar manusia tak sedar diri. Aku just anggap semua tu sampah je. Tak lebih. Okay apa yang aku nak sampaikan harini pun aku tak tahu, tah tetiba nak bukak blog. Bertahun-tahun tak update tetiba nak menulis. Why? Sebab member aku which is my classmate tertinggal laptop dalam kereta aku. So aku bawak laptop dia balik Ipoh. Sekarang kan tengah cuti raya cina :))



So yang nak sampaikan harini, jst my expectation je. Ek eleh over! Hahahaha bukan la expectation. Berharap je ni, ada yang nak hulur hulurkan kebahagiaan pada tarikh tersebut. Bukan apa, setiap tahun. Birthday aku tak macam birthday-birthday orang yang lain. Aku jst teringin nak rasa kelainan, la nak rasa macam mana orang rasa. Tapi takpelah, takyah lelebih. Nyanyi bawak belon bukan helium untuk aku pun aku bolehh accept dah hehehehe.

Pada umur aku ni, hah nak buat wish laa sikit kan. Baru cool nak buat wish before birthday date kan? Awal tahun tu macam awal sangat. Aku harap sangat, aku tercapai buat apa yang aku nak especially for this year sangat sangat besar harapan aku untuk laksanakan satu software which is a system di kolej aku. Ni dibawah kajian keberkesanan Final Project aku. Cehhh baru nak final diploma, nampak tak tunas nya aku? Hahaha. Next, macam biasa aku nak praktikal tempat yang okay. Next lagi, aku nak tambah sikit la iman kat diri ni, solat 5 waktu tu cukup ke apa. Tempek wudhuk 5 kali sehari. Pastu khamis yassin setiap malam. Macam zaman sekolah dulu. Haihh sekarang ni tak terbuat woi :(

Bukan sebab apa pun tak terbuat, semata mata setan dalam diri dan setan sekeliling. Hahahaha. Housemate pun main peranan, kalau ajak lepak dah lupa dah erti sembah tuhan. Elok mampos tepi jalan je. So itu lah yang paling aku harap, Allah kurniakan diri ni iman. Tak dapat tingkatkan banyak, sikit pun jadilah.

Next, aku dapat habiskan sem terakhir pada sem depan dengan suksesnya. Pelik je wishlist aku ni, Hahahaha bukan apa sem lepas aku jatuh mendadak doh pointer. Dari 3.8 something ke 3.6 kau ghasa? Hah jauh tu. Jadi, dapat laaa aku berharap dan korang doakan la. Cehh korang, sapa baca tah ni. Ok ok doakan aku dapat tingkatkan pointer terutama pada semester akhir. Kasi lawooo sikit sijil aku nanti. Itu saja kot! Eh? Tu je kot. And harap angah alang dapat la bagi hadiah kat aku tahun ni. Tapi nampak alang macam ekonomi slow. Family pun so my expectation kekal seperti tahun yang biasanya. Aku okay. Lek. Cukuplah hidup lagi dan dapat hirup udara, ada keluarga. Happy dah ada semua tu (ayat pasrah abis)

Klahhh gais. Nanti kalau aku rajin, kita sembang lagi k? Bye!