Friday, July 18, 2014

#PRAYFORMH17

Assalamualaikum warga Malaysia.

Belum lagi habis hangat kehilangan MH370, peperangan saudara Islam kami di Gaza, sekarang timbul lagi berita sedih buat kita MH17 yang terhempas di Ukraine. Allah sahaja yang tahu bila mengenangkan ahli keluarga yang terlibat dengan kemalangan ini. Pasti sahaja mereka ingin pulang bertemu ibu ayah bagi meraikan Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi namun malang tidak berbau.


RINGKASAN BERITA ASTRO AWANI :
MH17 dikata dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
MH17 sepatutnya dijadualkan tiba 6.10pagi Jumaat 18 Julai 2014
Pesawat dikatakan jenis Boeing 777 membawa 295 orang penumpang termasuk anak kapal.
MH17 terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.
Pihak Ukraine nafi bertanggungjawab menembak MH17.
Seluruh operasi Malaysia Airlines di letak dalam status 'red zone'.
Andaian pesawat mungkin di tembak di zon konflik antara Rusia dan Ukaine
Malaysia Airlines sah terima notifikasi ATC Ukraine tentang kehilangan perhubungan pada 1415 GMT
Ukraine membuat andaian MH17 ditembak tetapi bukan dar pihaknya.





Allah Allah Allahuakbar! Yang mampu sebenarnya hanya doa. Jangan kita tolak takdir dengan menyatakan sesuatu yang tidak tidak. Seperti yang ustazah zahir pesan dulu, benda dah berlaku jangan sesekali berkata "kalau" seperti "kalau dia tidak pergi, mesti benda ni tak berlaku" ia seperti kita tolak takdir yang Maha Esa.

Apa pun, terima. Benda dah berlaku. Tapi sukar untuk kita semua, macam zahir sendiri. Malam semalam tak boleh tidur. Ayah can't stop say this "Allahuakbar, allahuakbar, subhanallah, masha Allah ya Allah" hmmm. Saya sendiri tak percaya. Sedang gelak ketawa, mereka di Gaza berperang tanpa berehat dan mereka di MH17? Ya Allah :'( 



Ayuh sahabat, doa untuk Malaysia di jauhkan bala-bala yang akan menimpa seterusnya. Yang sudah berlaku, kita jadikan iktibar. In shaaa Allah ada hikmah disebalik semua ini. Kita yakin. Perlu dan hanya yakin Allah itu Maha Adil. Maha Berkuasa kenapa dan mengapa, jangan ditanya. Serah kepada Nya.


AL-FATIHAH

No comments: