Friday, July 18, 2014

#PRAYFORMH17

Assalamualaikum warga Malaysia.

Belum lagi habis hangat kehilangan MH370, peperangan saudara Islam kami di Gaza, sekarang timbul lagi berita sedih buat kita MH17 yang terhempas di Ukraine. Allah sahaja yang tahu bila mengenangkan ahli keluarga yang terlibat dengan kemalangan ini. Pasti sahaja mereka ingin pulang bertemu ibu ayah bagi meraikan Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi namun malang tidak berbau.


RINGKASAN BERITA ASTRO AWANI :
MH17 dikata dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
MH17 sepatutnya dijadualkan tiba 6.10pagi Jumaat 18 Julai 2014
Pesawat dikatakan jenis Boeing 777 membawa 295 orang penumpang termasuk anak kapal.
MH17 terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.
Pihak Ukraine nafi bertanggungjawab menembak MH17.
Seluruh operasi Malaysia Airlines di letak dalam status 'red zone'.
Andaian pesawat mungkin di tembak di zon konflik antara Rusia dan Ukaine
Malaysia Airlines sah terima notifikasi ATC Ukraine tentang kehilangan perhubungan pada 1415 GMT
Ukraine membuat andaian MH17 ditembak tetapi bukan dar pihaknya.





Allah Allah Allahuakbar! Yang mampu sebenarnya hanya doa. Jangan kita tolak takdir dengan menyatakan sesuatu yang tidak tidak. Seperti yang ustazah zahir pesan dulu, benda dah berlaku jangan sesekali berkata "kalau" seperti "kalau dia tidak pergi, mesti benda ni tak berlaku" ia seperti kita tolak takdir yang Maha Esa.

Apa pun, terima. Benda dah berlaku. Tapi sukar untuk kita semua, macam zahir sendiri. Malam semalam tak boleh tidur. Ayah can't stop say this "Allahuakbar, allahuakbar, subhanallah, masha Allah ya Allah" hmmm. Saya sendiri tak percaya. Sedang gelak ketawa, mereka di Gaza berperang tanpa berehat dan mereka di MH17? Ya Allah :'( 



Ayuh sahabat, doa untuk Malaysia di jauhkan bala-bala yang akan menimpa seterusnya. Yang sudah berlaku, kita jadikan iktibar. In shaaa Allah ada hikmah disebalik semua ini. Kita yakin. Perlu dan hanya yakin Allah itu Maha Adil. Maha Berkuasa kenapa dan mengapa, jangan ditanya. Serah kepada Nya.


AL-FATIHAH

Wednesday, July 16, 2014

#SAVEGAZA

Assalamualaikum, zahir pernah update pasal Gaza dulu sewaktu kisah mereka juga dijadikan perbualan di laman sosial dan trending di twitter. Ya Allah kenapa penderitaan keatas mereka masih sehingga kini?

So entri zahir kali ni, zahir just nak link to my entri before this. #SAVEGAZA #SAVEGAZA #SAVEGAZA

Emm bantulah saudara maraku disana ya Allah. Emm korang boleh click sini untuk baca #SAVEGAZA


BANTU MEREKA DENGAN BERDOA!
ATAU MENYALURKAN DERMA!

fikirkan mereka dan pertimbangkan kerana mereka saudara-mara kita

Sunday, July 13, 2014

Dah nak outsider?


Start esok dah jadi outsider dari kolej kediaman kolej vokasional slim river. Kenapa? Cerita dia macam ni. At first dulu adalah member zahir ni tak tahan kehidupan asrama but zahir, dalila, atikah even anak manja (manja kaaa?) boleh stay duduk dalam asrama. Gittew punya fight sampai masing-masing bagi semangat antara satu sama lain konon nak memang kukuhkan kami ni boleh survive hidup asrama! Hah hahahaha.

Kami pun lepas dua tiga minggu masuk asrama tu meet up and buat ayat gini "weh aku watlek je, yang dia kelam nak homesick menangis bagai pesal. kita jangan pikiaq benda tu sebab tu la duk pikir nak balik ja" ceh tu diaa nak kata orang kan padahal cover diri dah tak leh go dengan asrama. Apa-apa pun dah habis satu semester and shortsem pun zahir dalam asrama! 

Tetiba nak outsider? Hah sudah.

NO PHOTO ANYMORE

Ni dia gambar bitch yang zahir dapat kenal waktu dalam asrama. Ceh padahal member dalam laman sosial cuma lebih kenal dalam asrama. Gittew. Dia ni memang mendu, asyik nak buat zahir naik angin ja. Pastu budak-budak blok kami panggil kami kembar kikiki. Yang kanan tu my sista, suka sangatlah berkawan dengan si syafiq member zahir tu. Ni gambar waktu kami ala-ala minah rempitz dengan mat rempitz lepak kat kedai makan *tudiaa puih

Okay cerita nak outsider gini. Pada satu hari tu zahir demam. Entah kenapa tetiba demam, waktu tu second day suaikan diri dalam asrama di bulan puasa. Hah! Dalam hati duk kata tu mungkin demam nak suaikan diri rupanya idakkkk komer!

Esok tu pergi kelas dah sejuk semacam yang budak-budak sekelas pun tak reti nak slowkan kipas dah nampak aku macam nak berselimut je dalam kelas tu. Betapa kejam but fikir memberkan watlek watpeace lagi tu. Hhahahahahaha tapi dah tak larat gila. Al maklumlah puasa, makan idak, minum pun idak. Nak makan ubat tu memang tak la kan. Pastu dah tak larat dengar lecturer duk merepek hanyo kat depan. Habislaa kelas zahir. Pastu zahir tak tahan nak pergi toilet, cakap kat izzat "Izzat kau teman aku pergi toilet, nanti aku balik sensorang pula". Pastu si izzat ni la bestfriend yang footballer gittew tapi baik hatinya, lembut hati dia. Sanggup la teman zahir ke toilet. Pastu habis buang segala benda zahir pun balik dengan dia dengan jalan macam orang mabuk. Yang si izzat ni perasan terus dia tanya "Kau pesal zahir? okay tak ni?"

Punya tak larat nak habaq kat izzat kan duk geleng kepalar je mampu. Hah kau! Pastu zahir pun duk goyang goyang mata dah tak nampak apa... Lalu tumbang di atas tanah. Sedar sedar dah ada dalam surau. Cerita dia aku pitam di atas tanah hahaha.

Zahir pun dengan keadaan yang lemah gemalai ala ibu baru lepas teran anak 10 orang tudiaa. Duk keluar surau sebab dengar suggestion dari MPP kata nak panggil ustaz bawak ceq pergi klinik. Hah pastu tetiba sorang lecturer mai kat surau selaku warden. Gittew!

Dia kata "Demam ka apa ka! Masuk surau! Solat!" Hah kau dik. Memang pinau pinau zahir waktu tu. Masuk la surau ambik wudhuk pe smua then SAF! Waktu rakaat ke 3 kalau zahir tak silap dia mai lagi! Aku tumbang dalam SAF bak hg. Hahahahaha.

Cerita dia aku memang takleh control diri waktu bulan puasa dalam asrama. Actually dari dulu lagi sebab perasan asyik pitam ja before ni. Nak jadikan cerita malam tu balik la my parents ambik and terus ke klinik. Klinik kata tolak pergi hospital. Sampai hospital masuk bahagian unit kecemasan. Tu diaa kata nak masuk air! Aku dah laaa lama dah tak main cucuk cucuk jarum ni. Muka waktu tu, perasaan waktu tu? ALLAH je tahu dik!

Otw nak pergi ke katil nak masuk air tu nak tumbang lagi. Hah nampak betapa kurangnya air dalam badan. Cerita dia memang zahir ni tak minum air pun kat asrama. Boleh kira minum air berapa kali. Hah so memang tak reti jaga diri. Cukup la sampai bulan ni jee duduk asrama. Dah tak tahan. In shaa Allah sementara nak transfer ke kolej lain ni zahir duduk rumah member perempuan zahir dulu, Lyana. Dari Tapah ulang alik ke Slim River pergi kelas hah kau! Pikir la betapa jauhnya.

Start esok tak mai class sebab m/c then selasa dah outsider. Kesimpulannya, lepas ni saya menimba ilmu secara outsider di Kolej Vokasional Lebuh Cator, Ipoh. Ipoh my hometown gittew. In shaa Allah.

Okaylahh pape nanti kita hapdate lagi! Baibai :p