Wednesday, February 20, 2013

Hari jubah aktep 2012 :')

Assalamualaikummm :')

SEBELUM BACA! Jom dengar lagu ni berulang-ulang! Plis play lagu ni sebelum baca. Hahaha.


Dah click? K jom baca xD

Hye! Hye and Hye. Salam 1 Malaysia, Salam Perak Aman Jaya. Hahaha. Kemain lagi, Ok berakhirlah sudah Akademi Teater Perak 2012 dengan Majlis Anugerah Akademi Teater Perak yang membawakan pementasan teater yang bertajuk Dekon Kuasa dan Dewan Persidangan pada 17hb Februari 2013.


Susah senang kami bersama, Suka ria di kongsi bersama. Makan satu meja, Gelak tawa bersama, bantu membantu, share masalah sama-sama, ambil berat dan kasih sayang sepanjang aktep dah macam adik beradik.

First start aktep 2012 ni, Masing-masing mcm malu-malu but still rasa mcm diorang sangat friendly, Plus aktep ni tak mengira umur. Ada yang dah kahwin, ada yang dah berkerja, still belajar di sekolah menengah mahupun rendah. Dah mcm one family, Ada bonda, ibu, paksu, tokwan hehe so sweet ^_^









Pertengahan aktep 2012 ni pula, Dah di bahagikan group so rasa mcm dah akrab sangat. Heeee. Yang best tenaga pengajar and senior yang lepas turut bagi support and tunjuk ajar sepanjang aktiviti di dalam aktep ni. Aktiviti yang zahir tak dapat lupakan adalah game-game teater mcm main bola tampar guna nombor tanpa bola, lakonan-lakonan, bina satu objek menggunakan helaian kertas-kertas A4 hah! Time ni group zahir buat stadium bola. Hahhaa and kenangan yang paling tak boleh di lupakan adalah tugasan di Loken, Ipoh atau Memory Lane! Kami ditugaskan untuk berjalan di sepanjang Loken dengan watak-watak yang diberi secara rawak seperti sakit, pondan, cacat, sedih, takut, gembira, ketawa dan sebagainya. 

'Cacat' , Arman

'Sedih' , Aswat


'Cacat' , Kak Ecah

Act aktep just sebulan but auditorium dalam proses untuk dibaiki so dilanjutkan sampai 2013, Sangat bertuahhhh aktep kali ni! Sangat sangat bertuah. Plus! Awal tahun 2013 ni beberapa pelajar aktep telah membuat show bersama tenaga pengajar buat pertama kalinya di KPERAK di PTTC Meru, Jelapang Ipoh. Ingat kan zahir ada buat entry pasal ni? Zahir jadi badut? Kalau tk baca lagi click sini --> Show di KPERAK :)




Super duper best, Zahir rasa beruntung sangat sebab dapat buat show waktu tu. Jadi badut baiii, Hahahaha. Then tibalah masanya tirai aktep 2012 di tutup selepas hampir 3 bulan lebih kami dicurahkan ilmu-ilmu dalam teater yang di dalam semua aspek seperti lighting, penyusunan prob, belakang stage, costume, lakonan semestinya dan pelbagai lagi! Kami pun di uji bakat dan di beri watak-watak untuk malam majlis anugerah tu nanti. Zahir dapat watak petani dalam teater Dewan Persidangan but!!

But! Watak tu di cantas di perhujungnya memandangkan terlalu lama. Heee so sebagai pelakon kita kena terima and ready je pape. Watak yang lain juga turut di cantas untuk dipendekkan dialog mereka. Wihihi. TAPI! Atas rasa Adil dari pengarah kerana zahir dah training kan? So pengarah pun bagi zahir watak for starting cerita tu. Alhamdulillah! Hahaha. Cerita tu sedikit di olah dan di ubah. Zahir dijadikan penyebab watak Tuan Tertinggi Mati di mana zahir menjadi seorang cleaner di makhamah tersebut :')

Ok cerita Dewan Persidangan ni berkisarkan seorang Pemilik Itik Angsa yang kehilangan itik angsa-nya yang dicuri oleh si Pembuat Roti. Pembuat Roti ini dah bagi Tuan Tertinggi tu makan. Then Pemilik Itik Angsa cari itik angsa dia membuatkan si Pembuat Roti ni gelabah dan mintak pertolongan dari Tuan Tertinggi. Tuan Tertinggi dah bersubahat dengan Pembuat Roti dan Para Sekutunya yang terdiri dalam 4 orang. Tuan Tertinggi telah merancanakan supaya Pembuat Roti membawa Pemilik Itik Angsa membuat aduan di dalam Dewan Persidangan, Sebelum itu beberapa kemalangan telah terjadi di mana Pembuat Roti telah menumbuk perut si Isteri yang sarat mengandung menyebabkan si Isteri keguguran anaknya dan menyebabkan si Suami naik angin! Lalu Pembuat Roti telah menumbuk mata si Pembalut Mata menyebabkan mata sebelahnya buta. Hahaha. Dan Pembuat Roti telah meloncat dari menara azan lalu terjatuh di tengkuk adik Syekh menyebabkan adik Syekh mati. Dewan Persidangan juga terdapat seorang Pengangkat Sumpah yang sangat gedik. Pergaduhan dan persoalan yang tak masuk akal berlaku di Dewan Persidangan. Pada satu hari, Seorang cleaner telah mencuci makhmah dan tertinggal sebotol pencuci yang beracun di atas tempat minum Tuan Tertinggi. Selepas itu Dewan Persidangan bersidang, pertengkaran, persoalan dan jawapan tidak masuk akal pun bermula. Seorang demi seorang membuat aduan mengenai kejadian yang telah berlaku di sebabkan Pembuat Roti namun Pembuat Roti tidak gentar kerana Tuan Tertinggi telah menyelamatkannya. Akhirnya Pembuat Roti dan Tuan Tertinggi berjaya menepiskan segala aduan dan mereka meraikan kejayaan mereka dengan meminum air. Tuan Tertinggi tersilap ambil air, malah mengambil air si cleaner tu tadi. Diornag pun mati sebab terkena racun. TAMAT.

Hehehe. Beberapa hari sebelum tibanya majlis tersebut kami bersama-sama membuat setting di dalam Auditorium Jabatan Kebudaayan Dan Kesenian Negara Perak (Taman Budaya Perak). Sehari sebelum majlis tu pula kami rehearsal dan berhempas pulas dengan full costumenya. Tema yang cikgu letakkan adalah ARAB! So apa lagi! Memang excited cita dia! Hahaha. 


Haha my costume. But ni tak full, Waktu ni nak bukak then syamim snap. Haha act gambar zahir tk byk :'c Sedih. Sebab tu publish gambar ni. Ouh yaa btw baju zahir ni memang sexy. Wakakaka. Ni dalam bilik make up and persalinan lelaki :)

Abg lan ngan kak fatin.

Haziq, Abg lan dengan andy.

Firdaus and ca'oi :'(

Semua menangis sebab sedih tuk berpisah lepas ni :'(



Hari sebelum majlis anugerah, Pukul 4 lagi kami dah mandi, bersiap, make up, pakai costume and baca doa bagi melancarkan majlis kami. Sedih, Ramai nangis sebab lepas ni mungkin kami takkan berjumpa lagi :'( So zahir bantu mana yang perlu, waktu ni zahir iron rambut kak fatin, haziq, hanny, alif and sapa lagi ntha. Haha. 





Kami bersiap-siap di belakang stage sementara penonton masuk ke dalam auditorium. Pembukaan di mulakan dengan Dekon Kuasa oleh Caoi sebagai Syaitan, Hanny sebagai Api, Fatin sebagai Pasir, Haziq sebagai Angin dan Anis sebagai Ombak.

Ni Firdaus sebagai pembukaan Dekon Kuasa, Di baca sajak :')

Ni 'Syaitan', Ca'oi :)

Ni 'Api' , Hanny :)

Ni 'Pasir' , Kak Fatin :D

Ni 'Ombak', Anis :)

Ni 'Angin' , Haziq :)

Penutup Dekon Kuasa, 'Penasihat' oleh Andy :)

Then ada Pembuat Roti bagi tetamu makan sempena Hari Ulang Tahun Kelahirannya :D

Bermulalah teater DEWAN PERSIDANGAN!!

Budak cleaner arab yang jakun terloncat-loncat atas bangku xD

Part tekejut sebab Tuan Tertinggi masuk Dewan Persidangan. Hahaha kelakar la zahir tgk gaya zahir atas pentas, Time ni ramai gila gelak even tak nampak penonton di sebabkan cahaya dan kegelapan gituhh xD

'Tuan Tertinggi' , Azlan

'Pengangkat Sumpah' , Kak ika in the house yooo! :D

'Pemilik Itik Angsa' , Abang Hafiz si bakal suami tak lama lagi, Hoho. Doakan dia ok xD

'Suami' dan 'Isteri' yang keguguran, Abang Rizal dan Kak Zaty :D

'Syekh' oleh Wak :D

'Si Pembalut Mata' oleh Fahmi si kuat melatah. Hahaha :D

'Para Sekutu' yang terdiri oleh Arman, Akim, Firdaus dan Haziq. 'Si Pembuat Roti' oleh Alif :D

Tarian moden oleh hadik-hadik kesayangan dengan lagu 'Jahat'

Dekon yang bertajuk 'Kadang-Kadang' oleh hadik-hadik kesayangan :')

Pelajar-pelajar Akademi Teater Perak 2012

Ucapan oleh seorang pengarah aktep 2012 yang sangat hebat, Encik Rashidi B. Abdul Kharis :')

Click it! Haha xD

Penyampaian cendera hati kepada Pengarah JKKN Perak.

Penyampaian sijil kepada pelajar-pelajar aktep 2012, Hahaha. Ni gambar kita, Tak nampak pulok muko kito. Haha :D

TOP 5
#1 : Azlan
#2  : Hafiz
#3 : Fahmi
#4 : Zaty
#5 : Anis

TAHNIAHHHH KORANG!!

Hahaha see my face. Muka feeling-2 sedih abis konvo universiti baq hang! Hahaha. Takdalah act sedih la. Ni waktu tangkap gambar dengan tenaga pengajar :')


INILAH KAMI :'D

Then makan-makan ringan bersama tetamu, Lepas tu kitorang buat penutupan aktep dan bulatan comel di mana semua meluahkan perasaan. Serious sedih :'(







Tirai Akademi Teater Perak 2012 ditutup, Sedih sangat-sangat. Hope ilmu yang saya dan yang lain dapat bukan stop sampai sini je. Mungkin boleh di curahkan di mana-mana dan diguna pakaikan untuk peluang-peluang di mana-mana pun juga. Terima kasih dekat Cikgu shidi, Bonda, Ibu ros, Kak fikah, Abg dhan, Abg Awie, Abg afan, Pak su dan semua yang dah tunjuk ajar. Humm thanks kat kak fikah yang selalu jadi tempat mengadu and tempat zahir menangis. Hehehe :')

Zahir akan miss waktu lepak sama-sama, gila-gila dalam toilet dengan syamim, abg alif, and aiman. Dipanggil adik Cikgu Dawam, Buat prob sama-sama, Dengar ibu ros dengan abg fahmi melatah, Takut-2 waktu nak perfom depan cikgu shidi hahaha, berkerjasama bersama-sama, makan sama sama!!! Ya Allah :'( Hummm.

Thanks jugak kat Kak ika, Abg hafiz, Abg Fahmi, Kak zaty, Firdaus, Kak ecah, Kak Nurul, Ika, Anis, Aiman, Syamim, Arman, Rozaidi, Aswat, Rizal, Wak, Hany, Haziq,  dan semua lahh!! I will miss uolss. Sumpah. Jangan hubungan kita akhir sampai sini je. Nanti kalau ada rezeki kita jumpa lagi! Sayang korang :*


Alhamdulillahhhhhhh!
TEATER ITU MEMANUSIAKAN MANUSIA

"Bersinarlah, gemelaplah segala apa yg telah kami pelajari & kami curahkan kpd anda. Jadilah pelajar yg berhemah tinggi utk menyambung semaraknya perkembangan seni teater di negeri Perak khususnya & seterusnya di negara kita, Malaysia tercinta" - Cikgu Rashidi

 Credit Photos
#Photographer : Andy and Aiman.

BERMINAT? Add facebook pengarah aktep :- En. Rashidi B. Abd. Kharis
Nanti ada uji bakat aktep 2013 korang join la! Ok?