Tengok lah tajuk tuh. Kemain lagi seramnya. Ok ni kejadian bukan tipu-tipu k. 100% REAL berlaku kat zac malam tadi and zac cuma rasa takut je first-2 tuh then lepas hilang rasa takut, Gelak kuat-kuat sorang-2 dalam bilik. Haha! Soo... Cerita dia macam nih! Jeng-jeng-jeng!!
Malam tadi zac ada gaduh sikit dengan sorang budak nih! Gedik gila kan.. Gaduh pasal apa tak yah tahu lah tapi gaduh. Pastuh geram! Pukul 1 tuh jugak aku ambil sweter, helmet, kunci motor, and pakai seluar. Sebelum aku keluar tuh abang aku dah cakap " Woi! Minyak motor nak habis! " Hohoho and aku jawab " Ohh ya? Tipu jer lebih! " . Selalunya memang dia tipu.. Pastuh nak tahu apa jadi? Teruskan membaca ^_^
Okkk aku bukak pagar dan terus pergi bawak slow slow pusing satu taman Tiara Lake Park ni, Tahu ke? Haha. Tak tahu leh google k? Pastuh aku pun rasa seram-seram sebab dah pukul 1. But aku just cakap, " Mana ada pape, Bulan puasa lah woi! " Wahhh, Yang aku ni pun garit sangat touching sampai nak bawak motor segala kan? Ok abaikan. Pastuh aku pun pusing-pusing then pergi masuk satu kampung ni...
K hujung kampung ni before masuk jalan utama nak keluar ke bandar Ipoh ada kubur tau! Pastuh jalan nak otw ke ke jalan utama tuh pulak memang jarang orang lalu. Sumpah jarang, Ada pun sekali dua je motor and kereta lalu. Itu pun laju nak kemampos. Gua dah takut nak pusing kebelakang balik.. I means, Balik ke taman rumah zac balik laaa kan? Sebab kalau nak stop. Kiri hutan kanan baru ada rumah orang itu pun masing-2 kedekut elektrik.. Semua tutup lampu. Rumah dah macam apa je. Normalah rumah kampung. Grr.
Ok aku pun terus je lah jalan ke depan dengan niat masuk jalan utama pastuh pusing ikut jalan kedua and balik ke taman rumah aku. Wait!! Korang faham ke apa aku cerita nih? Huhu. Teruskan membaca. Kikiki. Then, Kan zac cakap tadi.. Sebelum jalan utama iaitu hujung kampung ada KUBUR! And guess what? Aku hampir depan kubur dan gelabah pusing balik. Uwarghhh!! :'(
Nasib baik ada kereta warna hitam waktu tuh lalu kat jalan tuh so aku follow dari belakang. Mak ai! Laju gila kereta tuh then aku pun terpaksa pulas motor laju sikit sebab takut tertinggal kan? Fastuh, Alhamdulillah sampai jugak kat simpang nak masuk taman rumah aku. Perhhh masa tuh dah menggeletar satu badan. Seriously!! Aku tak tipu.
Niat nak balik tapi malas sebab still ada perasaan gedik touching. Ni kes degil dan ada lagi bende yang berlaku. Then, Aku pun jalan-jalan je lah kat taman.. Taman ni ada banyak tempat, Entha kenapa tapi nama taman ni just Taman Tiara Lake Park. Nevermind lah, Aku pun pusing-pusing belakang rumah orang lah apa lah. Pastuh ada satu jalan ni.. Bulan lepas ada sorang budak muda meninggal. Sebab kepala dia terhempas kat jalan tar. K ni seram sebab kesan cermin motor dia, Darah dia still ada even dah hujan banyak kali. hampir sebulan siot! Tape-tape. Sampai kat tempat tuh je gua bawak laju. Kes takut menyelubungi diri. Hihihi xD
Ok pastuh aku rasa seram-seram and then!! Tetibe waktu tengah bawa motor ada bunyi pelik.. K ni tak tipu k.. Macam ada bunyi sahutan, Macam bunyi itik pun ada. Tapi aku ingat-ingat balik waktu balik tuh bunyi dia lebih kurang macam ni " Hiut, Huit " . Haha, Mana datangnye pulak bunyi itik kan kalau dah terhuit huit gituh but serious! Bunyi dia macam bunyi itik. Gua fikir-fikir balik bunyi tuh datang dari hutam sebelah kiri. Kalau nak ikutkan tasik ada sebelah kanan dan tasik tuh tak pernah ada itik. K seram -.-
Then aku pun balik lah lepas ada bunyi yang macam haram tuh. Grr. Then tetibe motor ni macam ada yang tak kene. Tersemput-semput. Pastuh sokeylah kan... Aku tak berhenti sebab takut dia stop terus. Aku pun terus pulas and balikk. Nak sampai rumah dah waktu tu tetibe dia STOP! dekat depan rumah tak siap. Sial punya motor, Betul lah minyak dia nak habis. Ok korang jangan lah cakap aku tak reti tengok tempat minyak pulakk. Masalahnya motor LC abang aku ni dia punya yang tempat minyak dan sebagainya dah kabur. Sebab tuh aku tak leh tengok tempat minyak .. minyak banyak lagi ke atau tak. K abaikan.. Nak tahu apa jadi?
Aku pun dah cuak gila and menggeletar satu badan tahap dewa! K memang tak pernah tolak motor sebab minyak dah habis plus wktu tuh dah hampir nak pukul 2 pagi. K tambah sial sebab phone aku tertinggal kat rumah, Nak call abang pun tak boleh. Jalan pulak kosong. Nangis je lah waktu tuh smbil tolak motor. Perasaan takut, geram, sedih, pasrah dan macam-macam lagi waktu tu..
K sumpah seram sebab aku tolak motor dekat dengan tempat orang mati tuh and darah dia jelas aku lihat kat tepi aku. Takutnya aku. Aku baca surah kursi dan 3 qul je yang mampu and doa selamat sampai kat rumah. Tolak punya tolakkk sampai dekat 2 ekor anjing nih. Sekor warna hitam sekor warna putih. Actually dua-2 ekor anjing ni tengah tidur. Tetibe anjing wrna putih ni angkat kepala and tengok aku. Hah sudahh!! Mati aku. Dah lah aku ni jenis memang gabra dengan anjing. Selalunya bila anjing kejar aku.. Aku lari dan lari sampai anjing tuh ta larat nak kejar. Haha. But mummy ada pesan, Kalau anjing kejar! Kejar dia balik. So aku just ingat pesan mummy aku je. Bukan mummy jelah yang bagi tahu macam tuh.. Ramai lagi yang bagi tahu kat aku macam tuh..
Pastuh anjing ni menyalak kat aku sehinggakan anjing yang warna hitam tuh pun terbangun. K anjing tuh datang dekat ngan aku. Aku geram, Aku tongkat motor! Dan buat-buat nak campak helmet, Then buat-buat ambil batu campak kat dia. And kejar dia. Hahaha! Guess what? Dia lari. Dia lari ok lagi, Aku lari smabil pegang helmet macam orang gila.. Kejar anjing! Sumpah kelakar wehh xD
Alhamdulillah pape tak jadi dengan diri aku.. Sampai rumah campak helmet, Campak kunci terus baring atas katil and menggeletar. Abang aku peluk aku. Aku just mampu cakap " Adik takut, Adik takut, Adik takut " Hummm. Ok benda yang aku takut dan ingat sampai sekarang.. Bunyi pelik tuh, Lalu kat tempat orang meninggal tuh, Kene kejar ngan anjing, Lalu kat kubur. Nampak macam tak seram tapi cuba korang fikir benda ni berlaku kat korang sorang-2 pada lewat malam.. Plus lagi your age is 14 years old like me. Buat apa pun masih tak reti. So aku ambil semua ni sebagai pengajaran aku.
If korang touching ngan sesapa pun tak payah nak bawak motor segala. Duduk je ka rumah, Paling tinggi pun jerit kuat-kuat dalam bilik. Ok? Humm. Thankyou sebab sampai habis korang baca. Malam tadi memang malam yang paling seram bagi aku. Soo shit!
Kbhai. Nak pergi bazar ramadhan. Assalamualaikum. Bhai!! Take care. Jangan nakal-nakal :)
p/s : I love my brotha. Pape mesti dia. Haha.
2 comments:
mlm2 lalu kubr sape suruh..klau aku pon takut.haha
salam blogger
nak maklumkan keputusan
MY FIRST GIVE AWAY
FEEL FREE TO VIEW
http://edyfee.blogspot.com/2012/08/keputusan-rasmi-my-first-give-away.html
jangan marah kalau tak menang yer
selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya
Post a Comment