Saturday, December 31, 2011

2012 : Happy New Year !!

Assalamualaikum ..

Walayweyh , dah masuk 2012 lak pulok , pastuh pmr ni makin dekat . ayooo , 2014 baru tak de -_- , i hate that .. so semakin bertambahnya angka tahun di dunia semakin bertambah lah masalah di dunia betul tak ? so untuk mengelakkan masalah , kita nyalakan kecerahan azam masing-masing , yang buruk kepada baik dan baik kepada yang lebih baik . hehe .

Kenangan manis di 2011 yang banyak saya alami termasuk cabaran-cabaran yang sangat best and teruk ! haha . akan saya rindui dan mengambil pelajaran itu untuk di bawa ke tahun yang akan datang iaitu 2012 InsyaAllah . Then , zac nak pasang azam jugakkan ? hehe . ok sementara tuh korang amim amin kan lah ye ?

# kurangkan Facebook
# rajin update blog simple ni ( 1000 F )
# rajin solat :P
# study everyday ( 2 hours cukup kut )
# sentiasa siapkan keje sekolah
# nak kuruskan badan
# tak mo bercinta
# simpan duit nak beli DSLR ( bOrjimat-cermat )
# ubah yang buruk kepada yang baik . InsyaAllah

Amin Ya Rabbal Alamin ~ .. sebenarnya nak tambah lagi satu --> Kahwin . AIP !! gatalnya dia . hehe . dah la tuh kut , type panjang-panjang karang korang tak mo baca lak . hehe ,so upload gambar berkurun lamanya yang dah di edit dan jadi baru lah kan (ok ta paham , baca byk kali balik) , last sekali . zac nak ucapkan HAPPY NEW YEAR !! kat semua kawan-kawan , guru-guru kalau ada , kawan blogger and yang sedang membaca sekarang . semoga korang panjang umur dan di murahkan rezeki pada tahun 2012 ini . ok ? Amin !

SELAMAT TINGGAL 2011 DAN SELAMAT DATANG 2012 ( SAD AND HAPPY )


alamak dah nak 2012 !! hehehe

p/s :zac akan rindukan 2011 dan akan cuba untuk membaiki kesilapan yang ada dari buruk ke baik di 2012 . LOVE !!



Friday, December 30, 2011

Mohon Pada Yang Satu Tapi ..

Assalamualaikum ...

Sambungan bagi tajuk diatas ialah .. " Tak Salah Kalau Sesama Manusia Nak Membantu " hehehe . ok ok , zac ni baru dalam dunia iklan equal money tu exceli tak tahu ni bisnes namanya apa .. i just call SNC ... Says , Nuffnang , Churp-Churp btw , saya tak ada nuffnang :(( haram sangat , nak daftar tak boleh . y lah !! sumpah kalau siapa ada iklan nuffnang kat blog dia nampak macam femes la . ok ok , kita merepek sebenarnya .


Hikhok , tak ada churp-churp kan ? ok saya mengaku . jahill sangat , masih mencari macam mana nak dapatkan iklan kat churp-churp tuh , (malas betul nak ke google) , hikyok !! ok mohon korang click , tak susah pon , sumpah tak susah ! korang click semua link tuh dan pangkah . mudahkan ? ok , zac wish sapa click semua tuh dapat iphone . cepat click cepat . hehehe .


abaikan photo ni . pengguna berkata anda cute lebih daripada dia 


Ok , semalam zac dengar ada orang baca blog zac , sorang lelaki sorang perempuan .. mereka kata , umur saya 40 tahun sebenarnya dan gambar-gambar di facebook and blog saya ada tipu !! kalau korang ke fb perempuan tuh click sini and lelaki tuh jugak !! pergi maki dia .

>GIRL< ----------------------- >BOY<

MAKI MEREKA !!!

Next exam , kalau dapat 5A keatas , my dad baru belikan DSLR or Basikal Baru , humm . but zac lebih nak kkan DSLR , dari dulu lagi ... zac jeles dengan bapak sedara zac , asyik-asyik kalau datang rumah zac , saja  je bawak DSLR dia tuh but my heart cakap macam ni " alah , DSLR kechik " , and hati zac rasa tenang sikit so plis korang bantu ok ? click atas ... sekali satu link . kalau rajin pomot la . *tengah wat muka sedih ni ~

p/s : tak payah maki girl and boy tuh . haha , kalau tekan THANKS ok . muka deypa cun n ensem

Thursday, December 29, 2011

Sepatutnya Layan SAMA RATA !!

Assalamualaikum ..

Penah pergi rumah orang kahwin tak ? mesti pernahkan .. cuma korang tak pernah berkahwin je kan ? hehe . means , spe yang masih single mingle triangle tuh la . bukan yang dah kahwin tuh . huuu .. apa aku mepek ? ok ok .. lepas solat zohor tadi , sambil-sambil doa teringat blog ni . heyh rasa malas na update . sumpah tapi teringat ada photo yang mengedik kat bawah ni . sajooo snap waktu balik umah orang kahwin so tajuk hari ini seperti diatas sana . hahaha . ta lawak ok fine .

Kalau pergi rumah orang kahwin , mesti dapat gula-gula ke , bahulu ke , cup cake ke selalunya bunga telur rite ? hehe . zac nak khabo , kenapa kalau budak dia bagi gula-gula je ? kenapa orang tua dia bagi lebih ? hello !! sebenarnya kami lagi kuat makan dari makcik-ii and pakcik-ii . (ayat kelam) , pastuh ... tengok la kat bawah ni , dah jadi apa .... buang kat atas jalan tarr je !! ok geram -,-



huh -,- nobody's perfect <----- tetibe . HAHAHA !


See .. gula-gula ni tak berapa sedap dan tak menyihatkan !!

So , kalau DANIEL ADIE nak kahwin nanti , bagi sama rata . kanak-kanak bagi handphone .. makcik pakcik bagi telur sebjik . bunga-bunga tarak . !! HAHAH , kejam tak aku ? ok sangat kejam kan ? faham cikgu hamdi ? jangan diasing-asingkan . ini adalah adab yang sangat teruk . PILIH KASIH , bukan deypa nak makan sangat pun ... huh -,- .

p/s : aku sendiri tak faham dengan entri aku , Daniel Adie bila nak kahwin ??

Wednesday, December 28, 2011

Wordless Wednesday #5

Assalamualaikum .


p/s : Zaman Ke-Skemaan

Sunday, December 25, 2011

It’s good to be clever , but not to show it .

Assalamualaikum ..

Before saya berceloteh . nak bagi tahu ... ini lah entri dalam blog saya yang mempunyai tajuk sepanjang itu kecuali my contest bla bla bla yang tak dimenangi . toink toink , ok ok . hari ni nak kisah tentang orang berlagak . berlagak ni ada macam macam kategori . hiuuwww . ok tapi skarang zac nak citor sikit pasal belagak pandai . macam tajuk kat atas ni lah ...

Selalunya , sikap bduak belagak pandai ni , dia suka menayang yang dia pandai , bila ditanya .. senyap , bila dia tak tahu . menanya , saya pun rasa nak lempang , tul dak ? eh ta tanya kau lah . kahkahkah . bukan nak menasihat ye sekarang tapi nak bagi tahu ... mean , menasihat lah jugak tuh . HAHAHA ! . to sah la korang nak show pandai korang tuh , pastuh jangan la kedekut ilmu . satu ilmu yang korang share .. 10 korang dapat , InsyaAllah .


muka belagak . tak salah kalau saya na cilok kat google kan ?


muka kucing yang malu dia pandai . tak salah kalau saya nak cilok kat tumblr an ?

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan itu) dan janganlah engkau menjadi daripada golongan kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa." (Hadis riwayat al-Bazzar)

Ilmu menduduki darjat yang tinggi di sisi manusia dan Allah. Orang berilmu akan dimuliakan oleh penduduk langit dan bumi. Oleh itu, setiap mukmin hendaklah berusaha mempertingkatkan kemajuan dirinya sama ada:


Menjadikan dirinya orang alim (berilmu) yang mengajarkan ilmunya kepada orang lain.

Menjadi orang yang belajar (menuntut ilmu).

Mendengar atau mengikuti majlis ilmu.

Menghormati atau mencintai satu daripada atau ketiga-tiga golongan di atas dengan menurut jejak langkah mereka.

Dengan adanya sifat disebutkan di atas, kehidupan seseorang itu sentiasa terjamin untuk mendapat keselamatan dan kebahagiaan jasmani atau rohani kerana sentiasa berada dalam jagaan ilmu pengetahuan yang memimpinnya ke jalan benar.

Sementara mereka yang tidak termasuk dalam golongan itu atau 'bodoh sombong', mereka adalah golongan bakal mendapat kebinasaan kerana tidak ada pimpinan dapat memandu kepada kebaikan.

Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang ditanya mengenai ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang daripada api neraka pada hari kiamat." (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Islam menghargai ilmu dan ilmuwan sehingga kedudukan ilmu serta ulama dipandang tinggi seperti firman Allah bermaksud: "Nescaya Allah akan meninggikan orang yang beriman di antaramu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat." (Surah al-Mujaadalah, ayat 58)

Berjihad dalam ilmu maksudnya ialah bersungguh-sungguh membentuk masyarakat berpengetahuan serta memberikan gambaran benar mengenainya tanpa merasa iri hati atau tamak kerana orang yang memberikan ilmu dikurniakan balasan pahala dan kebaikan sama seperti orang mengamal ilmu itu.

Mereka yang tidak kedekut ilmu juga akan dilimpahkan rahmat Allah kerana semua makhluk Allah mendoakan supaya diberikan balasan sebaiknya.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah sentiasa memberi rahmat dan malaikat-Nya serta penduduk langit dan bumi, sehinggakan semut dalam lubangnya dan ikan di laut sentiasa berdoa untuk sesiapa yang mengajarkan perkara baik kepada orang ramai." (Abu Umamah)

Sumber:-
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

tak salah kalau zac nak cilok kan ? hiuwwww . las kat sini . sapa kedekut ilmu , tunggu la nanti kau jadi kuda . kahkahkah , kata org aku pun sama .

p/s : lebih baik share benda baik dari share gossip artis kene sula . pisss :D



Saturday, December 24, 2011

Banyak Pengalaman !! So ?

Assalamualaikum ...

Hey korang , mis jugak aku satu post semalam .. huhu , buzy dengan Konvosyen Kontraktor Bumiputera (Melayu) at PWTC , Kuala Lumpur .. exceli not me . but my dad ... kuang-kuang-kuang ~ hahaha . aku saje duk buzy kat situh , lalalla ~ ok ok , then ... aku ta de lah first time ke KL rite ? tapi still macam jakun and beruk keluar hutan padahal , selalu babat ke KL with my dad yg selalu je buzy ... bukan buzybody . lalal ~

Alhamdulillah , zac sampai gak ke rumah .. my rumah kat Ipoh la kan? ni zac balik-balik terus nak update blog yang ada dua tiga habuk ni . hehhe , nak story sikit pasal pengalaman zac di Kuala Lumpur semalam dan hari ini , acewah ... kirer excited la ni ok cause tak mandi agy terus nak update . kuikui ~ but zac save je lah dulu post ni , picturenye tak masuk agy kat dalam laptop ni =)

Ok ok , mulanya bertolak pukul 10 malam ke KL (tipu) .. haha , tak de lah bertolak pukul 7.00 pagi , then tiba pukul bape ek ? lupa arr . sorry , then kami terus ke PWTC , untuk daftar my dad ke konvosyen tu . err ~ bad . lama babad nak tunggu tambah-tambah na solat jumaat lak lepas tuh kan ? then ... minum petang bersama kontraktor bumiputera .. 1 malaysia kut , dari perlis sampai la ke sabah yang datang . ramai babat .. then kami check in hotel yang free gituh .. best arr gak . Dynasty Hotel .. berhampiran je dengan PWTC .

So , lepas tuh kami terus sahaja bersiap-siap untuk ke dinner lak , btw ... bukan im with my dad je taw , 1 family yang duk gatal ikut and nak ingadkan , korang baca ceritani sampai habis ! ok ? u know lah kan ... kalau majlis-majlis macam ni , pakaian dia kene sesuai ... and aku ni maklumlah JAKUN !!! pakai je lah apa yang aku suka kan ? sebenarnye , lelaki kene pakai baju batik berserta kain batik . haha , silap-silap ... pakai seluar lah then yang si girl girl ni pulak pakai baju kurung , mum mummy and sis ada bawak tapi deme tak taw . kuikui ~

Then , kami pun pakai la vok bagai , my sis pakai bese-bese je nan my mom but me . huh -.- baju apa lagi kalau yang ada gantung-gantung tuh kan ? maklumlah ... i ni tak kaya nak beli beli baju :P hahaha . sampai kat tempat dinner , aku ni macam sakai .. terloncat-loncat tengok Shila Majid nyanyi =) hehe . bila makan lak kononye nak control macho gune sudu , sotong apentha mase tuh .. then tercampak atas lantai ... wat pe na malukan ?? korang makan belacan gak ! ye dak ? to sah duk belagak ok . chill suda .

Makan punya makan , abis lah makan ... hahaha , then aku sakit perut memulas-mulas nak gy toilet pastuh ada mamat sakai kata aku jambu . sakai bangat la tuh ... but aku wat dek je .. lepas gy toilet , i ajar lah my mummy and family balik hotel . dah pukul 12 pun mase tuh .. kalau nak tunggu ucapan orang tuh memang balik kul 1 ler jawabnye .. kan ? kami pun balik ... pastuh i nak ambil kasut and my bantal busuk dalam kereta .. nak tahu apa terjadi !!!!! tunggu malam ni pukul 11 malam ! bye na mandi =)

----------------------------------------------SAMBUNGAN--------------------------------------------

Ok ... yang terjadi adalah !! , ta der pape pun . haha , then zac , adk zac , dua org abang zac terus naik atas .. guna apa lagi ? lif la kan ? ahaks ! then ... sebelum naik lif tuh mesti lah kene tunggu , betul ta ? tunggu punya tunggu zac nampak 3 orang mat salleh and 2 orang melayu , u oals na taw , sumpah zac ingad mereka perempuan mempunyai payudara sebesar besen baju di rumah saya :3 .. ok ok , now persoalan kenapa dengan lelaki seperti perempuan itu tadi a.k.a. bapok sundal itu ? jeng-jeng-jeng ..

Biasa lah nama pun lelaki bertopengkan perempuan ... masyaAllah , banyak kali zac mengucap tengok lelaki bertopengkan perempuan tuh , mereka pakai seluar pendek , and baju yang sangat sexy , yang pasti sorang berkulit putih dan seorang berkulit gelap and dua-dua melayu ! ok ok , sebaik sahaja pntu lif terbukak , 3 orang mat salleh tuh mengamit-gamit tangan and say " come here , come here " haha , panggil 2 orang bapok tuh . faham tak apa zac cakap ? tak ek ? hehe . paham-pahamkan lah . then dalam lif , korang nak taw apa jadi ?!!!

Mulanya , didalam lif ada 2 orang bapok tu , 3 orang mat salleh perut buncit yang dah tua tu , 2 orang makcik and sorang anak dia ... and sapa lagi kalau bukan zac , adik zac , and 2 orang abg zac tadi . fuhhh banyaknye ' and ' hahahaha . ok ok , tak kesah .. pastuh lepas je makcik dua org ngan anak dia tuh kluar , sorang bapok tuh cakap " dah sampai da , dah sampai da .. ok uols keluar " , amboi sesuka hati dia je suruh me and adik beradik i kluar padahal bilik kami tingkat 25 .. baru tingkat 16 masa tuh . saba jer la -_- . then nak taw kenapa dengan kami dalam lif tuh lepas makcik dua org and anak dia tuh kluar ? jeng-jeng-jeng .

Ok , kami tetap dalam lif .. zac , my lil bro and 2 org abg zac ... dengan 2 org bapok and 3 orang mat salleh sakai tuh . ni kes geram ... tuh zac panggil mereka sakai !! .. dalam lif tuh , bapok tuh asyik cakap je . ok ok , na taw apa dia cakap ? mula-mula dia tengok sekeliling lif . dia tengok diding lif (cermin) .. dia bongkokkan badan and cakap " ahhhhhh .... " , this is real . zac ta main-main , dia seolah-olah nak naikkan nafsu me and my bro . pastuh dia cakap nan kawan bapok dia tuh pulak " heyh .. u tgk tempat tekan tu , dah macam buruk ... hotel ni buruk lah ! " , sabar je la .... pastuh dia cakap kat mat salleh tuh pulak " darling , i want to shower first , i'm period today ok ! " , .. ish ikut logik lah lelaki nak period ye dak ? huh ... pastuh yang mat salleh tuh duk raba-raba bapok yang berkulit gelap kat blakang kami . kami nampak gelagat mereka coz dinding lif itu adalah cermin . sekeliling . fuuhh !!! tahan je lah kesabaran zac masa tuh , na je cakap " hoi mamat , koe ta takut kiamat , Allah , neraka ke hah ?!!! " . hehe . ok , ini pengalaman zac yang kedua ! .

ok , banyak lagi pengalaman zac . yang tak dapat zac kongsikan kat korang semua . banyak sangat . tak tahu , ni first time zac bercuti dgn family sambil ikut my dad ada hal ... and equal to PENGALAMAN YANG MENYERAMKAN ! ... im so scared tahap dunia . so enjoy some pictures of me in KL .


ni waktu sotong tercampak tuh . kalau baca dari atas mesti korang faham ! HAHAHA !


My mom always on9 , my sis mesej and i sleep .. ni adik i tangkap waktu kat PWTC waiting my dad .


mamat sakai kat toilet .


ok ni sepasang suami isteri yang dah agak berumur .. dia wat koleksi patung-patung kat kereta dia .. lekat-lekat .. so cute , dalam kereta FULL patung kechik-kechik tuh , begitu juga di bahagian luar , dari depan ke belakang , see lah .. so cute weyh !


ok . sumpah ni candid , my lil bro duk gatal snap . tgk i wat muke focus make-up kakak , sis zac ni ... kalau bukan zac make-up kan ta sah , dia panggil zac mak andam .. ada ke patut ? huh .. sabo je la -_- . lupakan lengan saya .



Lastly , enjoy video ni . yang rakam zac , malu gilerr ada suara saya . hahaha , ok ok , just main-main je rakam .. my adik lah , duk nak rakam sangat video dia ... haha , konon wartawan le apa le dia ni , pelik . tapi bila orang suruh ikut cakap orang camne nak cakap , dia tak reti nak cakap . last video tuh my mum . hehe . my mum pun nak cakap-cakap gak . kes ta mo kalah . so enjoy la pape pun . btw my adk dah byk kali pegy kl , dia tetap jakun mcm i . bile balik perak die ckp " hah ! da smpi Malaysia " , dia ingad KL tuh korea perrr . hahaha -_- . 

Ok .. masa untuk komen . entry terpanjang zac ,.. selepas di hack , hahahaha . jum lah komen , letih kut zac type . hehehe . follow if Cinta ini blog ok , siapa yang tak faham part-part mana yang zac cerita tuh leyh komen and tanya .. maklumlah zac ni bukan blogger yang dah bertahun . baru tahun ni . heheheh . sayang korang yang baca . zac minta maaf kalau ada salah silap dalam cerita ni , atau penulisan zac yang agak keras bahasanya . biasalah remaja kan ? hehehe . ok ok .  bye ! Assalamualaikum !

p/s : hope pengalaman yang baik-baik sahaja selepas ini . i ambil pengajaran apa yang berlaku 

Thursday, December 22, 2011

Youtube Dah Jadi Macam Google

Assalamualaikum ..

Hey korang !! exceli zac ta ada pape nak update hari ini , now da pukul 10 malam , sat gy zac bertolak ke Kuala Lumpur .. my dad ada hal .. so dah abis siap-siap barang , now sempat lagi nak update memandangkan niat tak mo mis update kat blog ni . hehehe . now nak cerita about youtube pun yang dah gila macam google . kuikuikui , seperti yang kita tahu ... google dah tukar template rite ? now korang jom lah pergi youtube . ada salji weyhh !!


Dekat arrow tuh korang boleh tekan , sat gy ada salji keluar then korang boleh goyangkan cursor korang ke kiri and kekanan dan kemana-mana sahaja yang korang suka kat skrin video tuh .. nak tahu kenapa zac cakap macam tuh ? cause salji tuh akan bergerak ikut cursor korangs eolah-olah ada angin , btw i think la .. ni dah lama . haha , zac baru perasan ut ok wat ? i na share kan . daripada duk ratah petai depan tv tak wat pape . eh yeke ? no ok . hahaha


Ok last sekali , hati hati dengan V I R U S terbaru di facebook . memey cam sial . hahahha , untuk elakkan dari terkena and serabut profile korang tu pergi : Privacy Setting > Tag > Profile View > Enable , mashaAllah , terusknya manusia sekarang ni ek ? hoho , pape pun asalkan korang jangan terkena dengan virus macam in , tension doh . cuba tengok photo kat atas ni . hehehe . kesian abg shuko . huhu , sape shuko ? my friend . hehe . k lah . komen-komen . ucap terima kasih kat i . hahahaha !

p/s : malas na merepek pepanjang ~ KL i come !

Wednesday, December 21, 2011

Wordless Wednesday #4

Assalamualaikum !!


p/s : dusun kawan ayah :P

Saturday, December 17, 2011

HafizZainal's Contest - Senyuman Mahal II

Asssssssssssssssalamualaikum ...


HOHOHO , aku yakin gak nak join contest si mamat macho ni . eh .. malu kot nak join , ok ok .. reason aku malu cause kat atas ni banner contest tuh , see lah betapa macho nye dia .. malu ler kalau na publish photo aku dalam 1 entri , nanti kome banding-bandingkan lak . ayok ! malu deyh . hurmmm ... exceli aku teringin nak join contest senyum-senyum ni buat kedua kalinya selepas tewas dengan contest si mamat macho gak .. Daniel Adie . walatolawalaweyhhhh !

Ta mao bebel banyak-banyak kang jadi novel pulak kan ? sebab si apis ni dah khabo awal-awal dah , jangan tulis panjang macam karangan ok ? publish photo cepat-cepat jum !! . then , kalau sape nak join join tuh .. click banner kat atas ni ... baca syarat-syarat dia terus ok ? bawah ni pun ada syarat-syarat dia , sat gy baca ok ?





Ok , now time jawab soalan yang ditujukan khas untuk saya seorang . hahaa . kidding ...

1) saya rasa senyuman saya mahal cause , saya susah sangat nak senyum then kalau sekali saya senyum ... gigi saya mesti nampak , ta pernah ta nampak fastuh kalau senyum untuk snap photo pulak , lidah saya mesti nak terkeluar seolah-olah urat saraf lidah tuh rosak .. and org pun rase hidup mereka indah ... eh btul ke ?

2) saya berminat untuk join contest ni cause saya terbaca soalan yang terakhir yang ditujukan oleh Mr. Dentist kepada semua yang nak join contest ni a.k.a. saya seorang , iaitu " Apa 1st impression orang terhadap org yg pakai braces ? " wahh .. best kot soalan tuh . tuh yg membuatkan sye tertarik kau memang debom !

3) 1st impression orang terhadap orang yang pakai braces ialah Cute , Cantik , Dewasa , Menawan . and saya kompem , gigi deme-deme tuh nanti lawa and rata je . hehe .
sejujurnya saya tak tahu apa itu BRACES , saya terus ke Mr. Google and click image . hehe . then search . rupa-rupanya , pengumpul tahi gigi . so yaki yaki bum !!  ..

HAHA , malunya bagi tahu korang yang zac tak tahu apa itu braces , but sokey lah saye jujur kan ? daripada yang nyorok-nyorok kejahilan tuh . ta dapat pape pun , macam saya .. kutukan kompem dapat . kahkahkahkah , lalala ~


Bagi yang tak tahu , ni lah pengumpul tahi gigi tuh . huh , sumpah nanti saya nak pakai !!!! , budak ni nampak cute . mula-mula orang tengok muka dia ni mesti orang rasa pelik an ? hekhek .. k lah baii . so Hafiz Zainal , saya join contest ni dengan 99.9% saya ***** . tapi InsyaAllah kalau ada rezeki saya menang . hehehe . 

Markah Bonus :

FOLLOW TWITTER HAFIZ ZAINAL : @Hafizza1nal
SUBSCRIBE IT . YOUTUBE HAFIZ ZAINAL : Hafiz Zainal Macho Punye Youtube

Tapi jujur suara dia sedap weyyyhh !!! sama taraf dengan Anuar Zain , korang berani nak lawan suara dia ? aku tak lerrr .... jom lah join weyyyhh !!

Tag 3 Orang Budak Selalu Happy :

My Sis : Aida
My Friends :- Dila
My Idolaloli : Daniel

________________________________________________________________________________

SYARAT-SYARAT UNTUK JOIN CONTEST INI
________________________________________________________________________________

HAHA . entri tambahan lah ni , saja nak panjang kan . btw , ni syarat-syaratnya ok ? hekhek .

Buat satu entri bertajuk :- HafizZainal's Contest - Senyuman Mahal II 

Lepas tuh letak banner , nak copy banner ?? Click sini :- Hafiz Zainal Smard

Pastuh , korang linkkan terus ke sini .. ye kat sini :- HafizZainal's Contest - Senyuman Mahal II 

Yang penting , korang letak gambar korang yang senyum .. bukan marah ! tak kira gambar tuh berapa ramai ... walaupun 1 kampung duk p snap dalam satu gambo ... btw korang bagi tahulah mana satu gambar korang ok ?

Jawab soalan - soalan ini dengan ringkas . ta macam zac yang kat atas tuh , bhahaha . nak wat satu ayat pun booleh . jangan karangan sudah :P :

i- Ceritakan kenapa anda rasa gamba senyuman
anda ini adalah senyuman mahal ?
ii- Kenapa anda berminat utk join contest nie ?
iii- Apa 1st impression orang terhadap org yg pakai braces ?

Sebagai yuran kata si apis , korang follow sini :- FOLLOW CEPAT ! , like sini : LIKE CEPAT !!

Letak link entri korang kat entri contest abg apis tuh . kat mana ? kat sini lerr :- SINI HAH !

Lastly, Tag 3 rakan korang yang korang percayai . hahahha . macam biasa lah kan ? make sure mereka taw korang tag mereka-mereka itu #skema . cececece

Expired date : 10/2/2012 sebelum pukul 12 mlm , kalau tak dah basi . ta yah join . lalalala ~

                       70% - Gambar senyuman mahal
                       20% - Jawapan kepada 3 soalan tu
                       10%   ( Markah bonus ) 
                              - Share entry penyertaan korang
                                 kat wall FB masing-masing
                              - Share twitter - Hafizza1nal   <<--- HAFIZ ZAINAL
                                in your entry OR just follow
                              - Share youtube channel   <<<--- HAFIZ ZAINAL
                                 in your entry OR Subscribe it
                                 
Untuk maklumat lanjut , sila hubungi 1 300 Hundred 88 2525 . PIZZA HUTT ! hhaha . tak der lah . untuk tahu lebih lanjut . sila kemari : KAU NAK TAHU KAN ?

________________________________________________________________________________

# saya ikhlas tulis panjang-panjang , bak kata Nisa Kay .. SAYA SUKA MENAIP !! bye <3 sorry Hafiz Zainal .. zac kalau wat contest memang akan panjang cengini .. hehehe .



p/s : doakan saya . doakan saya . doakan saya .

Friday, December 16, 2011

Ini Pun Tak Nak Makan !!

Assalamualaikum ....

ayam + ikan yang dah kene makan oleh kucing aku sikit + nasi with whiskas

Waktu ni my cat tengah sronok makan . aku rentam and sempat nak snap wat entri untuk hari ni sebelum solat jumaat hahahahhahaa .. jahatnye aku :3

Hye !!! , korang ada kucing tak kat rumah ? dia makan apa ?? ikan goreng gaul nasi ke ? hahahah . yang itu memang lawak . kalau kucing saya dengar pun , dia boleh goyang kaki lagi sambil ketawa besar . malas nak borak banyak-banyak cause bagi saya ... janji wat entri an ? hohoho .

Semalam and hari ni , memang tak ada topic nak merepek ta tentu hala kat blog ni , btw nak share about cat zaman skunk ni ... pets la kan ? huh .. bukan siblings ok ! .. hurm , kucing korang macam mana hidupnya dirumah pun zac tak tahulah cause zac bukan serumah nan korang , tapi kucing zac ni bajet macho !!

Dari makan nasi dengan ikan goreng dah dua hari ke sadin 1 tin pastuh my mummy beli apa namenye tuh ... whiskas !! ha .. yang jenis apa tuh , dari yang keras-keras ke lembut-lembut .. lah susah sangat jom tengok photo bawah ni (my lil bro) ..  duta hangat whiskas Ipoh . hahaha :P

my cat lebih suka yang ini dari yang bawah ni !!

errr . dia kata yang ini keras . hahahahha . meeeiioow !


and tuan yang menanggung :((
kesian parents saya !!

lupakan pix budak gedik ni ~
lelaki ok , bukan girl . hahahah

Hah !! macam tuh lah kucing saya , so zac nak share .. korang jangan gatal tangan bagi makanan yang korang rasa lebih sedap dari makanan yang korang bagi at kucing korang selama ni maksud zac , bukan korang ambil makan kucing tuh korang rasa .. eiiiyuwwk ~ hahaha .

Then , now kucing zac dah makin kurus ... sabor je lah ... kan ? rasa nak sepak laju-laju kat pipi die tuh , dari gendut ke kurus .. nak tengok pix dia ? dia hanya mampu tidur sekarang ni !! err ~

nyenyak an dia tidurr .... tapiii !! cuba tgk yang bawah ni :P

ni kes bila aku jerit and kakak aku nyanyi kuat-kuat
aku geram nan die ni . ta no makan je !!!

dan aku tergelak .. pada suatu hari ...dia tidur cara macam ni . hahaha
yang pasti KUCING AWAK BOLEH BUAT ? ahahahha !!!!

Beb , yang mana sudi follow , yang mana rajin .. click iklan zac , yang mana baik komen entri-entri zac , zac cakap macam ni cause zac tak hot macam Daniel Adie , hurmmm ... ramai komen blog dia sekarang ni , sampai dia pun ta terbalas tapi korang jangan risau .. ni lah satu-satunya artis yang ta sombong :D hahaha . 

#tetibe lari pasal ni ... hahaha . kby


p/s : kucing pandai memilih !


Thursday, December 15, 2011

korang sayang adik korang ?

Assalamualaikum ...


Ok , tengok je lah video ni . eceli tak tahu nak update apa hari ni . bhahahaha . nak publish satu photo adik saya jup . dia comel , macam saya . bhahahaha . kene tipu . k jum tgk !!

And sumpah , selalunye ta der topic , i malas na update blog an ? tapi hari ni zac nak menayang sikit .. blog yang zac dah edit semalam . hehhe . kelam kelibut , sebab tuh entri duk pendek cengini ~ hahaha


k video and gambar diambil .... kat Kuala Kangsar , bukan ambil and letak .. tapi tangkap and upload . hahahaha . sumpah ta lawak an ? ok lah boboi sayang ~

p/s : adik sayalah .. bukan adik awak !!

Wednesday, December 14, 2011

Wordless Wednesday #3

Assalamualaikum ..


p/s : tiada aktiviti yang best selain mandi sungai !!

Facebook Sekarang Mabuk !!

Assalamualaikum ...

Hyep , sekarang facebook dah lain gila an an an ? kalau korang perasan lah .. and dia banyak tiru laman social yang lain but apa aku kesah ? janji enjoy on9 ye dak ? ok ok .. hari ni zac nak share sikit peristiwa yang agak lawak . hehehe . lawak dia macam lawak yang kat sini tuh ---> Facebook dan Blogspot BERSEDARA ?! hekhek , baca lah ok ?


Ok so first tengok gambar diatas ni , Asyraf Acap ?? sape kenal ?? .. heheh . ok ok .. sapa nak add dia , click nama dia nuh and kalau nak tengok blog dia . click ni Blog Asyraf Acap btw tuh blog baru taw ? so follow lah dia okey ?! .. ok fine , gambar diatas ni ... Accepted Your Friend Request , zac memang jarang add orang so bila add , orang tuh approve , notification pun naik lah kan ?? tapi knapa dua kali ?!!
Hahaha .. lawak ta lawak ? maybe Asyraf ni ada klon dak ? hahaha . tak adalah kidding , btw itu lah facebook skarang ... makin di upgrade makin sawan , pastuh pengguna pun rasa tak selesa ... sekarang pulak ada demam LIKE ... tensyen eden .. hahaha . ok ok , now nak promote sikit orang yang zac add tuh . Asyraf Acap . kenali dia . smarrtt wo ;)


Pakwe Maria Ozawa .. haha , tak adalah . ok ok .. Asyraf ni orang Perak , sama dengan zac . tapi dia at Batu Gajah ;) zac orang Ipoh .. hehe so tak mau sembang banyak . korang add dia , sekarang dia nak naik HOT , hehe . dia tak sombong so photo kat atas ni zac bukan main cilok je . zac dah mintak kat tuan tanah nak . ok ?


Ha .. picture ni zac cilok cause zac kata zac mintak satu je . hahaha . apa aku kesah ye dak ?


About Asyraf :
╔══╦═╗──────╔═╗╔══╗
║╔╗║═╬╦╦╦╦═╗║═╣║╔╗╠═╦═╗╔═╗
║╠╣╠═║║║╔╣╬╚╣╔╝║╠╣║═╣╬╚╣╬║
╚╝╚╩═╬╗╠╝╚══╩╝─╚╝╚╩═╩══╣╔╝
─────╚═╝───────────────╚╝

.:: Single(✖) Taken (✔)
(●̮̮̃•̃) (●̮̮̃•̃)
/█\ ♥ /█\
|| .....||

:: Asyraf | 15 | Batu Gajah ,Perak ::
:: Nice To Meet You ::
:: DO ADD DO TALK ::
:: Follow me on twitter https://twitter.com/#!/Stupy_dupy  ::
:: Follow my blog http://mrcrazydiary.blogspot.com/  ::
♥ ♥ ♥ ♥ ♥
Relationship Status : Married to Intan Nur Anis
Anniversary : 31 August 2011

p/s : sorry , merepek sahaja hari ni . ta ada benda nak update . nak penuhkan entri . camnilah .hahaha

Tuesday, December 13, 2011

Facebook dan Blogspot BERSEDARA ?!

Assalamualaikum ..

WAH !!! zac tekejut tengok Stats blog zac hari ni . korang .... pelik gila babat skunk ni , haha . so apa yang zac nak explain adalah .. facebook and blog korang memey ada kaitan !! so berhati-hati okay ? berhati-hati untuk apa pun zac tak tahulah . hahaha . btw , nak share SS yang zac dah snap secara hebad .. jom ~


 Ok , yang ini zac ambil dari facebook zac so korang tengok lah ... Studied Bachelor Of Dental Surgery (BDS) At Faculty of Dentistry Alexandria University and nampak tak yang Lives in tuh ?? Lives in Alexandria , Egypt . hahaha , ni kes penipuan yang sangat besar !! sebesar lubang babun yang zac terserampak kat Ulu Chepor , Ipoh beberapa hari lepas . hahahaha . then korang nak kata zac gilakan ? coz gelak and gelak . cuba tengok kat bawah ni pulak ..

'

Well , my blog tak adalah hot sangatkan ?? hehe . followers pun 555 je . sedih doh , so sape yang nak follow ... sudi-sudikan lah diri anda click button follow tuh , tak susah pun . hehhe . tapi mana yang tak sudi , aku paksa !! haha . tak adalah kidding jerr . so nampak tak gambar kat atas ni ?? Malaysia tangga yang pertama dan Egypt , tangga yang kedua . tergelak aku tengok . hahahaha !! zac skunk tengah gila . hahah !!

Yang peliknya , macam mana benda ni boleh terjadi ? zac masih terfikir-fikirkan .. adakah disebabkan ... orang kat sana suka dengan penulisan zac ni . #pasan . hahaha , ok ok fine ... kalau korang tak percaya , now korang tukar tempat korang .. Lives In Indian . hahahha . tengok tahun depan macam mana , hehhee .

Ok ok , dah lah . ta mo gelak da .. aku berair air mata update blog hari ni , bukan sebab sedih cause lawak sangat . hahahaha . exceli hari ni tak ada benda aku nak update , so menjalar je lah kat blog sendiri . tengok-tengok nampak semua tuh , gelak guling-guling tahu tak . haha ... ok ok , bye . hahaha salam .

p/s : makcik pakcik kat United States tuh paham BM ke ? :/



Monday, December 12, 2011

I'm The Lucky Person on Her Birthday

Assalamualaikum ..


Hello kawan-kawan , hari ini zac nak join contest yang agak pelik sikit . tapi hadiah , menarik wooo !! hope lah zac dapat hadiah tu cause seumur hidup zac join-join contest ni .. penah menang sekali je .. btw syukur la kan ? kali ni i hope dapat hadiah dari budak kurus ni . heyh ... kurus pulak dia ye ? ok ok . zac join contest ok ?!

Hadiah yang zac nak bagi adalah Cake . Cake yang comel-comel lah kan ? cause banner dia pun omey-omey .. hehe , and tujuan zac bagi cake ni adalah ... kakak kay ni seorang yang kurus so taste lelaki melayu ... suka perempuan yang standard-standard so akak kay makan cake ni . seminggu habiskan 1 cake dalam 1 photo ni seorang . and HADIAH NI MEMANG SESUAI !! kan ?

caption untuk photo atas ni adalah , see tak MAX kat atas cake tuh ? maksud dia .. MAX lemak untuk Si Budak Kurus ni . and number 1 tuh , zac wish ... blog akak blog yang SATU at hati hati blogger di Malaysia . ecece ... hahahha . happy birthday ok ?


tujuan saya hadiahkan , supaya akak pandai blogwalking kat blog zac nanti
hehhee . happy birthday lagi sekali ..

and ni cake paling sedap ... so nikmati lah cake sebesar ini berseorangan ok ?
happy birthday lagi untuk akak .

Apa ? korang nak join contest ni ? HAH !! baca mesej dari @Si Budak Kurus kat bawah ni ~

SYARAT-SYARAT :-
1. Buat entri tajuk "I'm The Lucky Person on Her Birthday" 
2. Copy banner kat atas dan link kan ke entri ini. 2. Letak blog SBK dalam bloglist korang. ( sebab kena ambil tahu apa-apa update, kalau terlepas, jangan salahkan pihak penganjur ) 
3. Hadiahkan SBK dengan satu gambar yang korang rasa sesuai untuk jadikan hadiah. ( Tak kisah ambil dari pakcik google tak. Edit ke tak. )

KEPUTUSAN :- 
Gambar siapa paling cantik , unik dan sesuai dengan tema, dia akan terpilih. Jumlah pemenang berdasarkan jumlah penyertaan. 

HADIAH :- 
Full-edit template by SBK. Template akan serupa macam SBK. Tak boleh demand-demand. Kalau tak suka, jangan masuk :-)


█║▌│█│║▌║││█║║▌





Contoh gambar seperti gambar zac ni ok ? hope korang join lah . akhir sekali zac nak ucapkan Selamat UlangTahun Kelahiran kat owner blog ni --> Si Budak Kurus <-- semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki , and semoga hati anda sentiasa happy ok ? itu sahaja dari zac , hehe . zac join contest ni ok ? papai .

Tarikh Tutup : 12 Jan 2011 ( 11.59 PM ) hehe .. cepat join cepat !!

p/s : hope menang . Good Luck for My Self untuk keberapa kalinya join contest :D

Sunday, December 11, 2011

Mandi Sungey ~

Assalamualaikum ..

Hari ni tak tahu nak update apa .. so zac update kisah dua hari lepas. 10 Dis . hehe , malam tuh Gerhana Bulan , hurm .. nak tahu , malam tuh zac rasa sebak gila hati cause teringatkan kenangan manis teramat manis .. semanis lolipop with Capital A . ecece , tapi betul la .. rasa nak nangis pun ada . ok ok .

So , hari tuh zac mandi sungai a.k.a. sungey hehe . sonok gila !! sungai tu baru 3 kali zac pergi , dia ada papan gelongsor taw , macam sunway lagoon . hurm .. best sangat-sangat , ta caya ? hah ! karang tengok gambar kat bawah ni .malu , muke zac sengal gila waktu tu . dah la banyak jerawat skarang ni :(( humm

Btw , zac dah reti berenang . hehe , nak tahu satu tips ? kepada mereka-mereka yang masih tak reti nak swim-swim tu .. korang guna lah pelampung dulu, sokey .. tak payah malu . belajar mengimbang badan .. sonok kalau dah pandai berenang ni , rasa macam diri kita terbang ... fuhh . hebad kan ? ta teringin ke nak belajar .. hehe .



So , gambar yang first tadi , my bro (third) nak ambil makanan .. hehe , see . smile die , cam pape je .. haha , and gambar yang kedua tuh pulak dari kiri , abg zac (third) , abg zac lagi (second) , adik zac and zac pastuh gambar seterusnye gambar ayah zac and anak-anaknya .. sorang perempuan berbaju merah tuh cousin zac ok ? bukan adik beradik zac .. ok , yang gambar yang terakhir ni .. cuba korang tengok sebelah kanan .. nampak macam papan gelongsor an ? kat situh paling best main and yang dah tengelam tuh lah zac . hahah , kelemasan .

Btw ni candid photo . sumpah tak perasan my bro snap . hehe . and about mana photo-photo yang dikaburkan tuh , korang jangan lah wat mulut lak ek ? ta der pape . cuma aurat yang ta mo zac showkan kat blog zac ni . ok ? and tempat ni jarang orang datang so senanglah kalau nak menyalin pakaian . hehe~

Sekian lah ek ? hehe . best .... kat Ulu Chemor , Perak !! best gile beb !!!

p/s : nak mandi lagi nanti :D

Gerhana Bulan - 10 Dis

Assalamualaikum . Salam 1Blogger .

Hye .. korang ada like page 1Blogger tak ? jom like kejap !! 1BLOGGER , page ni ada anak buah dia , group la . hehe .. nak join group dia tak ? jom tambah tempat promote entri baru korang kat SINI . fokey fokey . sudah lah tuh promotenya kan kan ?

Siapa tengok Gerhana Bulan malam semalam ? best wooo !! my lil bro .. tak henti-henti ucap Subhanallah .. proud dengan dia . hehe . fokey-fokey memang patut pun ucap macam tu kan ? hurm .. Kebesaran Allah .. uolss nak tahu , zac and adik zac rindukan Gerhana Bulan tuh .. walaupun baru semalam dia pergi , hurm .. hope dia bukan yang terakhir bagi kami kan ? hehe :'D

So , zac nak publish sikit beberapa photo semalam . ni ta guna DSLR fokey ? use camera biasa ajerrr .


tak boleh zoom . kesiannye saya :'((
nanti i beli DSLR ok ?

Yang ini dah zoom abis . 
Indah lagi kalau tengok guna mata sendiri :D

Ni saja buat keje NGOK !
Zoom guna Adobe Photoshop CS2 . haha XD


Add caption

ok , this my lil bro . Azim , tengok la teropong dia tuh .
teropong dia lebih besar dari teropong zac ok ! #jelezzuoss


see , dia seronok sangat dapat tengok .
first time lah dikatakan .. me too . hahaha !!

AND this i'm with my lil bro ... sweet kan kami ?
sila jeles , kami happy malam tuh . hehe
" adk , hope (doa) kite dapat tgk agy ok ? "

Hah ! dalam seronok-seronok tengok gerhana tuh , korang semak-semak tak kat Google tentang bagaimana dia terjadi , masa selalunya dia terjadi , kenapa dia terjadi and macam-macam lagi dan yang penting , hadith-hadith mengenai gerhana bulan mahupun matahari ni ? so zac nak share sikit kat korang antara beberapa hadith mengenai gerhana .. 

Hadis Abu Mas'ud Al-Ansariy r.a katanya: 
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya (ketika berlaku gerhana) digunakan oleh Allah untuk menakutkan (memberi amaran) kepada para hambaNya dan keduanya tidaklah menjadi gerhana disebabkan kematian seseorang di antara manusia. Oleh itu apabila kamu melihatnya maka dirikanlah sembahyang dan berdoalah kepada Allah sehinggalah Allah meneranginya semula kepada kamu.

Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 1516

Dan banyak lagi hadith-hadith mengenai gerhana . korang boleh semak kat google ok ? 


Ok , last sekali zac teringin nak tengok Gerhana Matahari , maybe lagi best kan ? hurm .. so sweet lah semua ni . Kuasa Allah . hehe . ingat tuh , pape yang best kat dunia ni , yang kita nikmati .. semua datangnya dari Allah , tidak ada siapa yang berkuasa selainNya . Allah Maha Besar . Salam :')

p/s : talking to the moon  




Saturday, December 10, 2011

Contest My Top Referral by Amira Studio

Assalamualaikum !!!


Girl and boy diluar sana , jum lah join contest yang paling mudah ni , join je .. tak payah sediakan bahan .. yang penting korang rajin promote , zac first time join contest macam ni so bila zac join kan kan ? zac rasa macam diri zac ni cute pulak . hehe , korang nak rasa diri korang cute tak ? join contest ni jum !! click je banner kat atas ok ?

Nak join tak nak join , click dulu banner dia atas . ok ? pastuh kalau korang baca-baca bloh kakak ni best, korang join ok ? best wooo coz hadiah dia menarik !! nak tahu apa hadiah dia ? jum tengok kat bawah !!


HADIAH UTAMA 
*RM100 cash 
*FootDetox(RM20 each) tajaan dari FizzAsmara

HADIAH KEDUA 
*FootDetox(RM20 each) tajaan dari FizzAsmara 
*Vector Couple tajaan dari Firdani Love Story 

HADIAH KETIGA 
*Vector Single tajaan dari Firdani Love Story 

 CONSOLATION 
*Doodle untuk 3 pemenang Yasmin Aris

Kan ? Menarik kan ? so first sekali kalau korang dah kata benda ni menarik , sila click banner dia atas . CLICK JANGAN TAK CLICK !! cubit kang . kahkahkah .. btw , kalau korang ta klik memang korang rugi cause korang patut tengokn blog dia yang cute miut tuh . hehe .