Tuesday, October 11, 2011

Kenapa Dengan Hotlink ?

Asalamualaikum ..

Dua tiga hari ini zac pening dengan Hotlink , rasanya bukan zac seorang sahaja yang pening , ramai juga kut. termasuk kawan-kawan zac , korang perasaan tak ? HOTLINK tarik duit sikit-sikit , pastuh bayar balik .. tapi menipu . semalam zac ada buat sos topup , pastuh topup tu (sos topup) sudah habis digunakan , and then zac pun pergi la topup .. RM 5.00 , seperti biasa .. Hotlink akan tarik RM 2.00 semula dan RM 0.50 bagi setiap permintaan yang berjaya an an an ?

Seperti biasa , zac rasa macam tak puas hati cause kredit zac sikit sangat , perangai zac memang macam ini , suka topup and topup , tak boleh tengok duit kosong . huhu , so hari ini zac topup , RM 10.00 , pastuh Hotlink hantar mesej yang berbunyi .. kring kring , haha .. tak adalah .. macam ni bunyinya.....

RM2 telah dicaj ke akaun anda untuk perkhidmatan SOS Topup. Anda boleh mengguna SOS Topup sekali lagi 


*sos topup sekali , tarik duit dua kali ?*

So , kalau korang ada pendapat atau tahu hal ini sebenarnya bukan masalah apa-apa , komen now . cause kalau zac tak ada information , zac akan tanye dengan bodohnya dekat Talian Perkhidmatan Hotlink tu.. haha , tapi best jugak call kat situh coz dia panggil zac Encik and Encik .. macam zac ni dah tua sangat , tambah-tambah zac rasa macam zac dah kahwin :P

Abang sedara zac pula , beli kad prepaid baru , setiap kad prepaid ada disediakan topup RM 8.00 kan ? agaknya banyak tu lah .. zac pun dah lupa .. yang peliknya , tak guna pun .. pastuh tetiba sahaja Hotlink tarik . pelik tak ? pastuh bila call , orang tuh hanya cakap " ok , Encik Zac sila call lagi sekali selepas 15 min " , huhu dia ingat zac tak tahu yang setiap panggilan .. orang dia lain-lain . so mula-mula melayu , pastuh bila zac call lagi sekali selepas 15 min ... bangsa India pulak call . berbelik lidah zac cakap , hihi but best cause mesra sahaja . lebih mesra dari melayu tadi .

Seterusnya , persoalan zac ... Hotlink ni kenapa ? pening la .. hari tuh pulak , kakak zac topup and sebelum tuh tak ada buat mana-mana sos topup pulak , sesuka hati dia je tarik duit orang ... seminggu lepas tuh .. dia ganti balik . *miskin , bukan nak mengutuk tapi sedikit bengang la .. maaf terlebih dahulu . maaf zahir dan batin k ? boboi ~

p/s : ce korang bagi tahu , apa halnye ?