Friday, August 6, 2021

Istiqomah

Lelah penat getirku masih belum terhenti

tahun demi tahun rasa diri ini kosong

ibarat mati.


Perjalanan hari ini pahit nipis bagaikan sehelai

rambut dijadikan jambatan titi.

Bohong ku rasa, lohong di hati.

When I have to make a decision I analyze 

the situation, evaluate the risk,

take measures to limit the consequences and

I completely screw up.


Diri tiada jati sampai bab tuhan ada tarikh cuti,

Sampai masa aku suka suka ganti.


Tapi ini dia soal inti.

Kerana dalamnya neraka syurga belum pasti

Berat

berat namun dia ketuk pintu hati.

Pandang terus ke depan dan jangan

jangan berhenti.


Ya Rabbi,

Rabbanaa laa tuzigh quluubanaa

Ba’da idz hadaitanaa

Wa hab lanaa min-ladunka rohmatan

Inaaka antal-wahhaab.


Dengar doaku Tuhan,

Sungguh kata mereka istiqomah berat

dari hijrah sejati

jadi ringankan ia dan mudahkan agar aku sebati.


Hatta | Puisi Derai Hati

Jumaat 6 August 2021



Thursday, October 3, 2019

Pimpin diri yang buta.

Bismillahirahmanirahim.

Malam ni aku sedar, luas kuasaMu, besar dan ngerinya balasanMu. Walaupun hanya di dunia ini baru ku menerimanya. Harini aku sedar betapa kifarah yang jelas aku sedang lalui. Betapa kejam dan gah yakin aku ketika berdiri sendiri. Betapa lupa dengan usaha mereka disekiling diri ini dan kesempatan licik yang cuba aku dapat dan baru hari ini dapat aku renungi. Jauh dari sudut hati untuk putar balik masa itu kembali, suci dan pintar yang membaluti diri. Usaha yang cukup dan rakan rakan mengelilingi riang hati. Cerita yang dikisahkan didengari malah menjadi kegemaran setiap manusia dan sekarang hanya tinggal kenangan inti hati.

Saat nama dijulang baik, saat diri menjadi contoh dan sebutan, saat sentiasa menjadi ingatan bila diperlukan. Saat rasa aku ikhlas tapi hanya segala yang dirahsia tersimpan, tak lansung aku sangka apa yang akan jadi dihadapan. “Mak ayah, abang minta maaf. Cikgu, kawan-kawan? Mana korang? Aku perlukan. Aku rindu korang. Jom cari kerja sesama. Jom keluar weh, gathering jumpa cikgu? Mandi sungai macam dulu?” Monolog sendiri ni buat aku dah tak mampu nak ukir senyuman malah hanya tangisan yang menjadi peneman. Tak tahu jauh mana lagi nak aku bawa isi hati untuk aku lemparkan. Aku tak tahu dimana dan bagaimana lagi untuk aku capai impian lama. Dimana bunga bunga dan hiasan meja yang menjadi hobi dan kemahiran tangan. Dimana idea yang mencurah membantu bukan dari segi pendapatan. Saudara mara iri hati sehingga menjadi cerita bualan.

Kisah dulu tak perlu aku titip banggakan lagi. Tak perlu aku butakan mereka yang memandang hina harga diri. Sungguh aku lelah berlari, sungguh aku penat mencuba, dan sunguh aku katakan kuasaMu ya rabbi yang patut kami akui wujud dari cinta..... manusia. Jika harini hebat sayap lamaku, jika harini masih hatta dalam zahirku. jika harini anak kelima menjadi bual kalau tiada sehingga fikiran terganggu, jika harini masih ada yang sentiasa rindu. Bukan kerjaya dan duit nak aku renangi, namun senyuman lama terukir kembali. Jauh. Jauh nak dipandang kebelakang, jauh lagi sudut dihadapan. Berkali, sudah berkali kali. Tewas bagai dunia perang yang segalanya hilang bagai mimpi. Mustahil bukan sekadar di bibir, namun menjadi realiti. Aku sebegini sehingga hari ini.

Nilai malu aku, nilai raut wajah dijaga menjadi maruah tinggi seorang insan, nilai kekemasan diri dan kebersihan semakin terhakis kerana sibuk mencari mimpi yang di impikan. Persoalan permainan harini luar biasa. Permainan ibarat putaran dalam sebuah bekas yang tiada hala tuju keluar. Keseorangan walau ada yang menemani. Sungguh aku faham, tempat kita tidak sama harini. Sungguh aku faham kita bukan dalam kejayaan yang selari. Namun nilailah hamba Allah dihadapan mu ini dengan perasaan dan hati. Nilai aku dengan senyuman dan terima kasih tanpa sebarang nyata yang dipegang nak kau beri. Aku perlukan tempat untuk aku sisih gelap diri. Aku perlu tempat untuk aku bangun memperbetulakn diri. Aku mahu kau sama sama bantu aku cari diri yang dah hilang jauh dari radar sendiri. Tapi, misal satu hari. Jika esok kata henti buat nafas dalam diri untuk bertemu mati. Aku yakin dan doakan sekiranya mampu kau mengerti, akan ada ganjaran untuk Allah buatmu suatu hari.

Sukar untuk kau percaya, aku jemu dan sudah tidak lagi perhati nafsu meterialiti ini. Aku hadir perlukan dorongan dan percayalah hikmah bahawa kita dipertemukan. Aku mohon kau sabar dengan egois bengis diri yang sering menjadi ikutan. Beri aku masa sikit lagi, atau takdir tak lagi memberi keizinan untuk aku teruskan. Semoga segala yang terjadi dahulu, dibalas cepat. Supaya yang aku lalui harini, terbalas segala kifarah dan menjadi ringan untuk aku disana suatu hari. Amin.

Saturday, December 8, 2018

Dasar mana yang dipilih

Hi guys, just nak update untuk note i. Lol like tetiba malam ni benda yang expect jadi A, swing to C. So yahhh just rasa penat dengan sekeliling aku like why nafikan apa yang aku cuba buat selama ni untuk kebaikkan orang lain jujgak. Just bukan untuk aku sorang :')

Take care myself.